Thursday 24 January 2013

TRIFLE BUAH-BUAHAN

Kali ni Makcik nak share satu lagi resepi yang makcik dah try. Trifle. Makcik buat dengan tujuan nak jamu family dan kawan-kawan pejabat. Ni la trifle yang makcik buat malam tadi.


Makcik tak de bekas 4 segi so... pakai je la bulat... tapi tak bape nak cantik sebab tak nampak kek swiss roll kat bawah tu. Korang nak tau camne makcik buat?

Meh...

Bahan-bahan:

1 tin buah-buahan dalam tin (kalau suka boleh guna lychee ke... peach ke...)
1 tin susu cair
1 kotak kristal jelly (any flavour)
1 1/2 tin air (guna tin susu cair tu gak sebagai sukatan)
4 sudu besar tepung kastard
7 sudu besar gula pasir
1 sudu teh esen vanila
1 biji kek swiss roll (any flavour)

Cara Menyediakan:

1. Potong kek swiss roll dalam ukuran tebal 1.5cm, dan susun dalam bekas kaca hingga menutupi semua permukaan acuan tersebut... kalo korang tak de bekas kaca, belasah je laaa...
2. Tuang air dari tin buah-buahan tu hingga kek jadi lembab. Ketepikan.
3. Satukan 1 tin susu cair, 1 tin air, gula pasir dan esen vanila. Kacau rata lalu masak. Dalam masa yang sama, bancuh tepung kastad dengan 1/2 tin air... Bila susu dah mendidih, masukkan bancuhan tepung kastad dan kecilkan api. Masak hingga pekat.
4. Tuang adunan tepung kastad ke atas permukaan kek.
5. Taburkan buah-buah dalam tin atas permukaan kastad dan sejukkan.
6. Masak kristal jelly ikut arahan pada kotaknya tu... bila dah masak, biarkan sejuk sikit tapi masih cair tau.... tuang atas permukaan buah-buah.... then sejukkan dalam peti sejuk. Dah sejuk,,,, sila la ngap.

Sunday 13 January 2013

ROTI BUN

Resepi asal roti ini adalah dari resepi paun tapi makcik edit-edit sikit untuk bagi kelainan.
Inilah gambar sebelum dimasukkan dalam oven.


Ini roti kismis... just tambah kismis kat dalam roti then sapu kuning roti kat roti, tabur gula dan kismis...

Yang ini pula roti cheese.... sapu permukaan roti ngan kuning telur, tabur cheddar cheese dan gula sikit...
Meh tengok cara nak buatnya.

Bahan-bahan:

1 1/2 cawan susu segar
3/4 cawan gula kastor
11 gm atau 1 peket kecil yis Mauripan (brand kegemaran ramai)
3 biji telur gred A
1/4 cawan mentega atau majerin dicairkan (nak mudah guna microwave)
6 cawan tepung high protein atau tepung roti
Sedikit pewarna kuning (jika suka)

Bahan hiasan:

Kismis hitam
Cheddar cheese
Gula pasir
1 biji kuning telur
Sedikit majerin

Cara menyediakan:

1. Satukan susu segar, gula dan yis dalam mangkuk kecil dan bancuh hingga sebati.
2. Ketepikan dan biar hingga naik buih.
3. Masukkan mentega cair, telur dan pewarna kuning ke dalam adunan yis dan kacau rata.
4. Tuang adunan ini ke dalam tepung sedikit demi sedikit sambil diuli rata. Jika adunan lembik, tambah lagi sedikit tepung hingga elok lembut dan tidak lekat di tangan.
5. Uli tepung lama sedikit. Lalu ketepikan dan bekas dengan kain lembab. Biarkan adunan roti naik 2 kali ganda.
6. Setelah itu, tumbuk adunan untuk keluarkan angin. Uli lagi.
7. Buat adunan kecil seberat 60gm lalu susun dalam loyang bulat (kalau nak 4 segi pun boleh).
8. Buat hingga habis dan biarkan adunan naik 2 kali ganda.
9. Panaskan oven pada suhu 160 darjah celcius.
10. Sapukan permukaan atas roti dengan kuning telur, lalu taburkan cheese atau kismis, dan tabur dengan sedikit gula.
11. Bakar selama 20 minit. Setelah masak, keluarkan dan sapu dengan sedikit majerin.

Bila dah masak.... inilah hasilnya...


Ini roti kismis.... kismis tu banyak lak yang lari. Tak tahan panas kot? Heheheh...


Ini pula roti cheese.... memang geram...

Monday 7 January 2013

SPAGHETTI MEATBALL BOLOGNESE

Hah... hari ni makcik tak berapa rasa nak celoteh banyak just nak share ilmu ni je... Korang cuba tengok gambo ni.... tak berapa cantik gambonya? Alahai.... gasak le... yang penting cara buat ;


Spaghetti Meatball Bolognese

Bahan-bahan:
1 peket spaghetti atau pasta (ikut suka kome le) - rebus ikut arahan pengilang
300 gm (atau nak lebih boleh gak) daging cincang
3 biji tomato (potong kiub kecil-kecil)
1 tin tomato puree atau diced tomato
1 biji lobak merah (potong kiub kecil-kecil)
1 batang saderi (potong kiub gak)
2 sudu besar rempah spaghetti bolognese
1 sudu besar lada hitam ditumbuk
1 biji besar bawang merah atau bawang holland - potong kiub
3 biji bawang putih - tumbuk kasar
Air secukupnya
Garam
1/2 cawan shredded cheddar cheese atau parmesan cheese (kalo tak de, sandwich cheese tu boleh je)

Cara menyediakan :
1. Ambil separuh dari daging cincang dan diuli bersama sedikit garam, 1 sudu bedar rempah spaghetti dan sedikit lada hitam. Uli hingga sebati dan bentukkan menjadi bebola kecil. Ketepikan.
2. Tumis bawang putih dan bawang merah hingga wangi dan masukkan  baki rempah spaghetti dan baki lada hitam. Tumis hingga naik bau.
3. Masukkan bebola daging dan golek-golekkan hingga suku masak.
4. Masukkan lebihan daging cincang dan tumis lagi hingga rata.
5. Masukkan sedikit air dan tomato puree. Kacau rata. Kalau pekat, tambah lagi sedikit air.
6. Masukkan lobak merah, tomato, batang saderi dan garam. Masak hingga mendidih.
7. Masukkan keju dan rasa dulu masinnya tu....
8. Siap dah? Apa lagi... tuang le atas spaghetti tu.... walaaaaaaaaaaaaa...

SNOW CHEESE CAKE

Baaaaaaaa.... cak! Hai viewers. Last 5 Jan 2013, makcik buat small bday party utk anak bongsu makcik (bongsu setakat hari ni la... harap2 dah le tu, dah tua makcik ni). Memang makcik sakan dalam penyediaan menu. Hanya 4 juadah je makcik tempah / beli. Yang paling makcik bangga, adalah kek bday utk si Qaisarah. Makcik buat snow cheese cake. Meh makcik eksen sikit, then makcik share resepi ye.


SNOW CHEESE CAKE

Bahan-bahan Kek :

75 gm mentega dicairkan (makcik masuk dalam microwave jer....)
4 biji putih telur - gred A (baru-baru ni naik harga... rasa nak demam lak)
6 biji kuning telur - gred A 
100 gm gula kastor
100 gm tepung hong kong (kalo susah nak dapat, guna tepung superfine pun ok)
60 gm tepung jagung
50 gm air yang telah disejukkan dalam peti sejuk
2 sb ovellet
1 st baking powder
1 st esen vanila

Cara penyediaan:

1. Panaskan oven pada suhu 150 darjah celcius, api atas bawah ye dan sediakan acuan yang lebih kecil dari 8 inci x 8 inci kerana ikut pengalaman makcik, guna acuan 8 x 8, kek jadi rendah... so terpaksa buat dua biji kek utk dapatkan kek setinggi dalam gambar tu.
2. Ayak tepung hong kong bersama baking powder.
3. Satukan semua bahan kecuali mentega cair dan putar dengan kelajuan sederhana hinggalah adunan menjadi gebu, pekat dan berwarna putih. Bab ni mmg kena sabar sikit.
4. Masukkan mentega cair dan putar lagi hingga rata dan sebati.
5. Tuang ke dalam acuan dan bakar selama 45 minit hingga 1 jam. Kena rajin jengah, takut jadi tinted cake pulak... naya.
6. Setelah masak, biarkan sejuk sebelum sapu dan hias dengan krim cheese.


Bahan-bahan hiasan :

250 gm cream cheese (disarankan guna philadelphia)
1/2 tin susu pekat
1 kotak cheddar cheese, dan parut kasar (jangan guna shredded cheddar cheese kerana rupanya tak berapa cantik... macam kek makcik kat atas tu la.... nyesal tau)
Strawberry secukupnya 
Bunga fondant icing ready made (kat kedai kek banyak dan macam2 rupa)

Cara penyediaan:

1. Pukul cream cheese bersama susu pekat hingga tidak berkental dan gebu.
2. Potong kek menjadi 2 lapisan, dan sapu adunan cream cheese ke atas lapisan bawah.
3. Letak lapisan ke dua atas lapisan bawah tadi dan sapukan keseluruhan kek dengan baki cream cheese. Kalau kemaruk cheese, letak le tebal-tebal.
4. Taburkan parutan cheddar cheese dan hiaslah ikut suka hati korang.

Selamat mencuba.



Wednesday 2 January 2013

Chicken Finger Sandwich

Kalau cakap pasal sandwich, selalunya kita orang Melayu tak akan lari dari fikir, sandwich sardin, tuna dan telur kan? Memang macam dah synonym... (betul ke eja ni). Kali ni makcik nak merealisasikan yg selalu makcik tengok kat Food Network Channel dan AFC... meh makcik share. Nak cepat ni... ada meeting plak.


Bahan-bahan:

2 keping roti wholemeal (tak kisah le nak guna roti menda pun)
Chicken finger digoreng (makcik guna 5 batang)
Mayonaise
Tomato
Timun

Cara buat :

Aiseh.... mudah ya amat...tak yah la ajar.... yang pasti, mudah, simple dan elok untuk kesihatan.


CHEEZY BREAD PRETZEL STICK

Hai... bangun tido je 1 Jan 2013, tetiba je Makcik rasa nak try buat pretzel stick. Bermula jam 6.30 pagi, makcik pun mula le... bukan apa, nak buat kudap-kudapan utk bday party anak bongsu makcik. Rasanya? Sedap la.... tu makcik lom dip dalam choc coating dan tabur badam lagi tu.... tapi makcik saja try tabur gula... ni la....


Bahan-bahan:

  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 sudu makan yis mauripan (atau apa je yang segera... tapi yg ni popular)
  • 1 cawan cheedar cheese parut - beli je yg dah siap parut
  • 1/4 sudu teh garam
  • 1/2 cawan mentega
  • 1/2 cawan gula
  • 1/2 cawan susu segar
  • 1 biji telur size A
  • gula pasir dan kuning telur untuk hiasan

Cara-cara
  • Satukan telur dan susu, kacau rata.
  • Dalam bekas lain, satukan tepung gandum, yis, cheese, garam, mentega dan gula. Kacau rata lalu tuang adunan susu sedikit demi sedikit sambil diuli rata. Uli hingga aduanan tidak lekat di tangan.
  • Rehatkan 15 minit. Sementara itu, panaskan oven dengan suhu 160 darjah celcius.
  • Sapukan marjerin atas loyang dan alas dengan kertas minyak (sekarang dah ada baking paper, lagi mudah).
  • Canai doh, senipis 0.5cm dan potong panjang sepanjang 10cm.
  • Makcik potong guna pemotong agar-agar jer.... ada la bentuk sket kan?
  • Susun atas loyang, then sapu ngan kuning telur dan taburkan gula.
  • Bakar 15 minit.
Pretzel ni kalo korang suka, boleh coat dengan choc... beli bittersweet choc, then korang tabur lak badam.... memang terbaik ko jahhhhh....

Kalo nak lagi advanced, buat cam gambo bawah ni dan yang ada coklat coating ni le paling laris tau...