Thursday 24 November 2011

Koleksi Beg Hand Phone Kait


Makcik banyak menerima tempahan beg handphone dari kengkawan pejabat. Kalo ada yg berminat, boleh tempah. Harga untuk beg handphone + kos penghantaran = RM35.00. Saiz? Lebih kurang 4.5 inci x 5.5 inci. Beg-beg yg makcik dah kait :-














Ini pula pouch bag, yang bersaiz 6 inci x 5.5 inci. Harga RM45.00 termasuk kos penghantaran.


Sling bag pun ada, saiz sama ngan pouch bag cuma  ada tali panjang , harga termasuk kos penghantaran adalah RM50.00.

Monday 14 November 2011

Cekak Rambut & Beg Hand Phone Kait

Makcik telah mengembangkan skill... Makcik buat pulak cekak rambut crochet... Mula-mula takut gak tak de orang nak beli, tapi Alhamdulillah, laku sumenya... tinggal 2 je lagi. Makcik jual dengan harga berikut:-

Cekak Rambut Bunga Kelopak Selapis (Sekuntum) = RM5.00
Cekak Rambut Bunga Kelopak 2 Lapis (Sekuntum) = RM7.00
Cekak Rambut Bunga Kelopak Selapis (2 Kuntum) = RM7.00
Cekak Rambut Bunga Kelopak 2 Lapis (2 Kuntum) = RM10.00
Cekak Rambut Bunga Kelopak Selapis (3 Kuntum Kecil) = RM10.00
Beg Handphone = RM25.00

He he... guna PC je jadikan tempat promosi... ni la sebahagian cekak rambut yang makcik dah buat...





Memang saya bangga dengan hasil kerja saya... mestila kan... bangga dengan kejayaan diri sendiri. Sapa lagi nak puji kalau tak diri sendiri. Hubby kata, "jual la yang..." Hmm... mesti la kan kalau ada org tempah.

Thursday 3 November 2011

SEPIT RAMBUT KAIT

Makcik ni bukan la jenis yang kaki mengait. Tapi masa dulu2, zaman makcik muda lagi laaa (macam le sekarang dah tua sangat), makcik mmg suka mengait. Dapatla jugak alas meja kopi, tutup tv... dan ada satu projek tu, nak buat cadar katil queen... ni semua makcik guna benang halus. Makcik suka guna benang Polly. Projek cadar tu, makcik niat nak guna masa pengantin anak makcik (padahal sume masih sekolah)... lama lagi kan, so masih banyak masa. Pernah la kena gelak ngan kengkawan, iaitu Norzita dan Allahyarham Tipah.. depa kata, "Kak Mimi, masa zaman anak kak mimi kawin, org dah tak pakai cadar kait..." he he he.. tak pe... makcik sahut cabaran tu sebab akak nak ulang zaman kawin makcik. Mak Makcik tempah cadar kait warna pink utk cadar pengantin...

Ok la, ni citer hobi lama tetiba bangkit semula ni... ini la sepit rambut kait makcik buat... harga nya :-

Bunga single kelopak = RM2.50 satu
Bunga double kelopak = RM3.50 satu
Kalau tambah batu berlian tiruan tu, up sikit la harga... ikut saiz...