Friday 6 April 2012

SAMBAL TUMIS IKAN BILIS BERSANTAN

Hari ni Makcik n geng masak nasi lemak kat opis... Makcik bawa sambal ikan bilis. Ada yang tanya, camne masak sambal ni... sebab lain dari sambal nasi lemak yg selalu dimakan. Depa tak tau yg makcik tambah santan. Resepi ni makcik dapat dari kuarga hubby makcik... depa selalu makan sambal ni dengan pulut kuning. Biasa le... orang N9 kan suka sangat pulut kuning.  Resepinya:


 
Bahan-bahan :

1 mangkuk kecil ikan bilis yang telah dikopek, lalu goreng garing.
2 biji bawang besar di belah dua lalu dihiris agak kasar
2 ulas bawang putih
2 senduk kecil cili kisar
1 sudu besar asam jawa di bancuh dengan 1/2 cawan air
1.5 sudu besar gula pasir
2 sudu teh garam
1 biji kiub ikan bilis
1/2 cawan santan pekat

Cara Menyediakan:

1. Tumis bawang putih hingga kekuningan, lalu masukkan pula 1/2 bahagian bawang besar.
2. Setelah bawang besar layu, masukkan cili kisar, lalu tumis hingga pecah minyak dan garing.
3. Masukkan pula air asam jawa, kiub ikan bilis, garam, gula dan garam.
4. Masukkan ikan bilis yg telah digoreng. Kacau rata.
5. Masukkan santan pekat dan masak hingga mendidih.

Hmmmmmmmmmmm.... memang lain dari sambal tumis ikan bilis yang biasa.... sedaaaaaaaaaappppp...

Ayam Goreng Berempah N Nasi Putih Ala Nasi Kukus

Makcik ni bukanlah jenis yang taat masak n makan kat rumah. Kekadang kalo datang angin malas atau penat sangat, Makcik akan gi layan projek Jalan-jalan Cari Makan ngan family. Tapi, for sure mesti cari yang sedap. Soal harga, soal kedua la... ada bajet, layan yang mahal, kurang bajet, layan yang seadanya. Nasi Kukus Ayam Rempah. Pernah dengar kan? Memang sedap. Kat area umah Makcik, kat Selayang Baru... ada satu gerai jual ni.... kat Selayang Segar, sebelah kedai Thiz n That. Harga, berbaloi murah compare saiz makanan tu.... Tapi, pada satu petang ni, balik dari keje, dok mikir apa nak masak, Makcik tetiba rasa nak try buat nasi ala2 Nasi Kukus n Ayam Rempah.... so, makcik pun hentam saja la buat... tapi makcik tak kukus nasi tu, makcik masak cam biasa cuma nasi tu kasi adjust lembik sket... ni la hasilnya.... Meh kita kongsi ilmu ni...


AYAM BEREMPAH

Bahan-bahan :

1/2 ekor ayam dipotong 14, lalu dibersihkan dan ditos
3 batang serai - potong kasar
3 inci halia
3 ulas bawang putih
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu teh garam
2 tangkai daun kari

Cara Menyediakan :

1. Kisar bersama serai, halia dan bawang putih. Seeloknya jangan halus sangat.
2. Gaul bersama bahan kisar, serbuk kunyit, garam dan daun kari dengan ayam.
3. Perap 1/2 jam, lalu goreng hingga elok masaknya.


KUAH KARI

Bahan-bahan:

2 biji kiub ayam
2 biji kentang
1 tangkai daun kari
2 sudu besar rempah kari dibancuh dengan 1/2 cawan air panas mendidih
1 sudu besar cili kisar
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1/2 inci halia
sedikit je kunyit hidup
1 kuntum bunga lawang
1/2 inci kulit kayu manis
1 biji buah pelaga
2 biji bunga cengkih
1 kotak santan pekat
1 keping asam gelugur

Cara Menyediakan :

1. Kisar bersama bawang putih, bawang merah, kunyit n halia.
2. Tumis kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang hingga wangi.
3. Masukkan bahan kisar dan daun kari. Tumis hingga kekuningan.
4. Masukkan cili kisar. Tumis hingga garing.
5. Masukkan rempah kari, tumis hingga pecah minyak.
6. Masukkan 1.5 cawan air, kiub ayam, asam gelugur, garam, perasa dan kentang.
7. Masukkan pula santan dan masak hingga kentang empuk.

NASI tu, masak lembik sikit la.... biar lembut macam dikukus n sambal belacan tu takkan tak reti kot?





BUBUR LAMBUK IKAN

Dari kecil lagi Makcik dibesarkan dengan pengalaman kalo bubur lambuk tu mesti ada mengandungi daging, kekacang dan rempahnya. Orang Johor le katakan. Tapi bila dah jadi mak orang, dah bekerja dan bermesra dengan kengkawan dari berbagai negeri dan budaya, maka Makcik diberi satu lagi pengalaman dan ilmu tentang bubur lambuk . Kali ni, yang bagi resepi ni kat Makcik adalah Kak Raja Nariah.... BUBUR LAMBUK IKAN.  Memang sedap dan baik untuk kesihatan. Meh kita share resepinya.



Bahan-bahan :

2 cawan beras dibasuh
5 cawan air atau lebih
1 sudu teh garam
1 sudu besar lada hitam biji ditumbuk halus (jangan kisar, x sedap jadinya)
2 biji kiub ikan bilis
1 cekak daun pucuk paku merah - ambil daunnya sahaja
1 ikat kecil daun kesum - ambil daunnya sahaja
1 ekor ikan tongkol atau 6 ekor ikan kembung/ikan sardin - direbus, buang tulang, dan diramas kasar
Santan pekat dari 1.5 bii kelapa atau 1 kotak santan

Cara menyediakan :

1. Beras dimasak bersama air dam garam hingga menjadi bubur (elok kembangnya)
2. Masukkan lada hitam yang telah ditumbuk halus, kiub ayam dan isi ikan.Jika terlalu pekat, tambah air.
3. Setelah elok sebati, masukkan daun pucuk paku merah dan daun kesum serta santan.
4. Masak hingga elok kembang.

Bubur ni memang sedap jika makan dengan sambal kering ikan bilis. Tapi kalo nak, makan gitu pun dah sedap dah... sesuai untuk kanak2 kerana kaya dengan khasiat.

Monday 2 April 2012

UDANG GORENG TEPUNG

Selalunya kita kalo nak makan udang goreng tepung, kita kena makan kat kedai tomyam kan? Bila buat sendiri, tak le gemuk udang goreng tu, kan? Nak jadi citer, Mak Teh belah suami makcik bagi la resepi ni kat makcik... thanks mak teh... memang best.


Bahan-bahan :

1/2 kg udang segar yang telah dibuang kepala (tinggalkan ekor)
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
Garam
Serbuk perasa
Sedikit air

Cara menyediakan:

1. Bancuh bersama tepung gandum, tepung jagung, garam, serbuk perasa dan air hingga kepekatannya sama macam bancuhan tepung goreng pisang.
2. Pegang udang pada ekornya dan celup udang dalam bancuhan tepung lalu goreng hingga elok masaknya.

Itu je.... walla!

KETAM MASAK LEMAK

Sesekali dapat ketam baru memang best layan kan? Kalo ketam lama tak best. Ok, mari kongsi resepi.


KETAM MASAK LEMAK



Bahan-bahan :

4 ekor ketam di belah dua
6 biji cili api (kalo tak mau pedas, kurangkan ye)
Santan pekat dari 1 biji kelapa (makcik guna santan kotak je)
Sedikit kunyit hidup
Sekeping asam keping
Garam dan serbuk perasa

Cara menyediakan:

1.  Kisar atau tumbuk cili api bersama kunyit hidup hingga lumat.
2.  Satukan ketam dan bahan kisar tadi dalam periuk dan letak sedikit air. Rebus hingga ketam bertukar warna kemerah-merahan.
3.  Masukkan santan, asam keping, garam dan serbuk perasa. Masak hingga mendidih sambil dikacau selalu untuk elak pecah santan.

Itu je laa..... selamat mencuba. (Teringat detik-detik makan ketam bersama family dengan arwah Pakcik di rumahnya)