Sunday 30 December 2012

KEK KUKUS ASAM MANIS

Satu lagi resepi yang makcik dah try dan memang jadi adalah Kek Kukus Asam Manis. Resepi ni ikhsan dari Maksu saya yang memang tak kedekut ngan ilmu masak. Tanpa banyak ngomel, chek it out:


Bahan-bahan:

1 bungkus biskut cream cracker (about 300 gm) - dikisar halus
4 biji putih telur
4 biji putih kuning telur
250 gm gula halus
300 gm mentega
1 st esen vanila
2 sb susu pekat
Asam manis secukupnya
Pewarna hijau dan merah

Sebelum nak mula buat tu, sila balut penutup kukus ngan kain, dan didihkan air kukusan. Then, ambil acuan 8 in x 8 in, sapu ngan majerin dan alaskan ngankertas minyak atau gak aluminium foil.

Cara membuat:

1. Pukul bersama putih telur dan gula halus hingga gebu dan putih. Ketepikan.
2. Dalam mangkuk berasingan, pukul mentega dan kuning telur hingga gebu.
3. Masukkan susu pekat dan esen vanila. Pukul lagi.
4. Masukkan biskut cream cracker yang telah dikisar halus. Gaul sebati.
5. Masukkan pula adunan putih telur, dan gaul sebati.
6. Bahagi kepada 2 bahagian... kalerkan satu warna merah, satu warna hijau. Tak pun ikut suka korang le nak kaler apa.
7. Tuang sesenduk adunan kaler apa je la... dalam loyang. Ratakan. Susun asam manis, biar jarang2 yer... kalo rapat sangat nanti kena potong kaki (sebab manis tu).
8. Kukus selama 15 - 20 minit... makcik amik 15 jer.
9. Kuarkan, tuang lak kaler lagi satu, susun lagi asam manis... dan ulang le hingga selesai. Kalo korang agihkan adunan dengan betul, akan dapat 3 lapisan merah, 3 lapisan hijau...

Ok...tu jer....

SUP MAKARONI

Makcik kali ni nak share dengan viewers resepi sup makaroni yang simple. Kekadang kita rasa tak selera nak makan menda2 heavy kan? So, sup makaroni ni bebenonya sesuai utk selera yang tengah tak berapa nak berselera. Anak2 pasti suka. Nak tau camne rupa sup makaroni ni? Nah.... ni malam tadi Makcik buat. Tapi gambo mmg tak canggih sebab guna camera hp Nokia C3 jerrrr....


Ok, meh kita check bahan-bahan dan cara buatnya.

SUP MAKARONI

Bahan-bahan:

1/2 peket makaroni direbus (Makcik guna pasta cam dalam gambo tu... ikut kehendak anak)
Sedikit hirisan ayam
Sedikit lobak merah - dipotong kecil
Sedikit bunga kobis - dipotong kecil
Sedikit hirisan daun sup dan daun bawang
1 biji tomato kecil dibelah 4
2 ulas bawang merah - dihiris
1 ulas bawang putih - dihiris
1 cm halia - diharis rampai
Sedikit campuran rempah (bunga lawang, bunga cengkih dan kulit kayu manis)
Sedikit lada sulah (lada putih) - ditumbuk halus
1 biji kiub ayam
Air secukupnya
Garam

Cara menyediakan:

1. Tumis bawang putih, bawang merah, halia dan campuran rempah hingga kekuningan.
2. Masukkan lada putih dan tumis hingga naik bau.
3. Masukkan air secukupnya (ni nak kena main agak laaa.... tak de sukatan tepat).
4. Masukkan hirisan ayam, kiub ayam dan garam. Biar mendidih.
5. Masukkan makaroni rebus dan sayur-sayuran. Biar seketika.
6. Hidangkan bersama hirisan daun sup dan daun bawang. Nak lagi best, tabur bawang goreng buatan sendiri. Kalo guna yang ready made dari kedai tak meletup.

Ok... selamat mencuba.

Wednesday 21 November 2012

Cream Puff

Tak lupa juga, makcik turut jual Cream Puff. Sebiji 60 sen jerrrr.... ni le cream puff Makcik. Penghargaan buat kakak ipar makcik, Kak Emy sebab sudi mewasiatkan ilmu cream puff dia kat makcik.... Resepi? Hmmm.... yang makcik nyer, tak leh le nak share sebab makcik wat niaga... tapi kalo korang nak resepi, cari jer kat blog-blog lain. Lebih kurang jer caranya... ramai dah terer buat ni. Antara malas ngan rajin jer. Tapi makcik suka kalo korang malas then order kat makcik... he he he.

FRUIT TARTLET @ TAT BUAH

Makcik start jual tat buah.... Satu RM1.00. Resepi? Cari jer kat bloggers... lebih kurang sama jer. Antara malas n rajin jer nak buat.

Ni le tart buah makcik.

MINI PAVLOVA

Hmmm.... Makcik selalu tengok gambo pavlova kat internet. Tapi tak pernah rasa pun. Dah nak jadi rezeki, hari ni, opismate Makcik, Fadhlina belanja sebiji mini pavlova. Hmm... memang cantik but for me, too sweet. Tapi dah memang kena sweet sebab kalo tak, tak le naik kuih tu cam tu... sesekali boleh la layan, selalu kalu, kencing manis. Resepi? Makcik tak try lagi tapi tak yah susah2, ramai dah update dalam blog masing-masing. Rasanya lebih kurang sama jer. Makcik cuma nak share gambonya saja.



Wednesday 7 November 2012

SULAMAN MANIK DI BAJU

12 Okt 2012, anak dara sulung Makcik, Farah Fatihah ada dinner graduation MRSM Kuala Kubu Bharu di De Palma Hotel, Shah Alam. Katanya, tema warna merah, hitam n putih. Tapi dia kata tak mau terikat ngan tema kaler tu, so dia minta dress warna merah with some blue touch. So, Makcik tempahkan dia dress warna merah. Then, Makcik jahitkan manik dan sulaman tampalan utk jadikannya lebih menyerlah. Mungkin tak la seberapa menyerlah tapi apa yang Makcik nak, anak Makcik pakai dress yang ada sentuhan jahitan dari ibunya sendiri... which is tak ramai ibu yang dapat buat utk daughters mereka kan? So, inilah dressnya :



Di hujung tangan, makcik jahit crumble saja, dan hanya di sebelah tgn. 


Di baju, makcik jahit lace sulam dan tambah dgn manik, hias di pinggang. Just utk kelainan...


JAHITAN MANIK CRUMBLE DI HUJUNG LENGAN

Makcik juga terima beberapa tempahan. Ini adalah tempahan yang makcik dah buat:





Sunday 26 August 2012

SEPIT RAMBUT RIBBON

Sepit Rambut Ribbon

Makcik upgrade skill kerja kraf baru2 ni.... ilmu ni diperturunkan oleh Mak Su. Dia sakan kumpul duit poket tambahan dengan berjual brooch dan sepit rambut buatan sendiri. Makcik pun tak nak la ketinggalan sebab ilmu ni kena kita praktiskan... Ini lah hasilnya. Kalau berminat nak jadi dealer, call Makcik: 03-26134386.





Makcik dalam proses nak tambahkan koleksi dengan pelbagai design. Makcik jual murah je.

Sulaman manik


SULAMAN MANIK

Makcik mula2 syok jahit manik kat baju sendiri, tapi... bila kengkawan tengok, berkenan la plak. Terus mereka tempah kat Makcik. Ini baju raya 2012 Ieda (wife Amirul). Makcik guna renda lace, then add on manik2 lain bikin lebih gempak. cantik tak?




Yang ni plak, try crumble beads... baju Mak Usu makcik... memang susah sebab nak pastikan kombinasi warnanya kena dan menarik.


Yang ini pula baju Diana. Guna lace renda. Makcik suka warna pink ni... sweet.


Haaa... this one pun gojes.  Kombinasi warna kontra. Baju BFF makcik, Nadia. Dia pakai masa jadi pengapit pengantin.



Makcik pun nak glamer gak... ni baju makcik, kuning, then crumble beads warna pink n biru.



Makcik juga jahit manik pada tudung makcik... iya la, dah ada bakat jahit, wat pe beli kan?





Friday 6 April 2012

SAMBAL TUMIS IKAN BILIS BERSANTAN

Hari ni Makcik n geng masak nasi lemak kat opis... Makcik bawa sambal ikan bilis. Ada yang tanya, camne masak sambal ni... sebab lain dari sambal nasi lemak yg selalu dimakan. Depa tak tau yg makcik tambah santan. Resepi ni makcik dapat dari kuarga hubby makcik... depa selalu makan sambal ni dengan pulut kuning. Biasa le... orang N9 kan suka sangat pulut kuning.  Resepinya:


 
Bahan-bahan :

1 mangkuk kecil ikan bilis yang telah dikopek, lalu goreng garing.
2 biji bawang besar di belah dua lalu dihiris agak kasar
2 ulas bawang putih
2 senduk kecil cili kisar
1 sudu besar asam jawa di bancuh dengan 1/2 cawan air
1.5 sudu besar gula pasir
2 sudu teh garam
1 biji kiub ikan bilis
1/2 cawan santan pekat

Cara Menyediakan:

1. Tumis bawang putih hingga kekuningan, lalu masukkan pula 1/2 bahagian bawang besar.
2. Setelah bawang besar layu, masukkan cili kisar, lalu tumis hingga pecah minyak dan garing.
3. Masukkan pula air asam jawa, kiub ikan bilis, garam, gula dan garam.
4. Masukkan ikan bilis yg telah digoreng. Kacau rata.
5. Masukkan santan pekat dan masak hingga mendidih.

Hmmmmmmmmmmm.... memang lain dari sambal tumis ikan bilis yang biasa.... sedaaaaaaaaaappppp...

Ayam Goreng Berempah N Nasi Putih Ala Nasi Kukus

Makcik ni bukanlah jenis yang taat masak n makan kat rumah. Kekadang kalo datang angin malas atau penat sangat, Makcik akan gi layan projek Jalan-jalan Cari Makan ngan family. Tapi, for sure mesti cari yang sedap. Soal harga, soal kedua la... ada bajet, layan yang mahal, kurang bajet, layan yang seadanya. Nasi Kukus Ayam Rempah. Pernah dengar kan? Memang sedap. Kat area umah Makcik, kat Selayang Baru... ada satu gerai jual ni.... kat Selayang Segar, sebelah kedai Thiz n That. Harga, berbaloi murah compare saiz makanan tu.... Tapi, pada satu petang ni, balik dari keje, dok mikir apa nak masak, Makcik tetiba rasa nak try buat nasi ala2 Nasi Kukus n Ayam Rempah.... so, makcik pun hentam saja la buat... tapi makcik tak kukus nasi tu, makcik masak cam biasa cuma nasi tu kasi adjust lembik sket... ni la hasilnya.... Meh kita kongsi ilmu ni...


AYAM BEREMPAH

Bahan-bahan :

1/2 ekor ayam dipotong 14, lalu dibersihkan dan ditos
3 batang serai - potong kasar
3 inci halia
3 ulas bawang putih
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu teh garam
2 tangkai daun kari

Cara Menyediakan :

1. Kisar bersama serai, halia dan bawang putih. Seeloknya jangan halus sangat.
2. Gaul bersama bahan kisar, serbuk kunyit, garam dan daun kari dengan ayam.
3. Perap 1/2 jam, lalu goreng hingga elok masaknya.


KUAH KARI

Bahan-bahan:

2 biji kiub ayam
2 biji kentang
1 tangkai daun kari
2 sudu besar rempah kari dibancuh dengan 1/2 cawan air panas mendidih
1 sudu besar cili kisar
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1/2 inci halia
sedikit je kunyit hidup
1 kuntum bunga lawang
1/2 inci kulit kayu manis
1 biji buah pelaga
2 biji bunga cengkih
1 kotak santan pekat
1 keping asam gelugur

Cara Menyediakan :

1. Kisar bersama bawang putih, bawang merah, kunyit n halia.
2. Tumis kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang hingga wangi.
3. Masukkan bahan kisar dan daun kari. Tumis hingga kekuningan.
4. Masukkan cili kisar. Tumis hingga garing.
5. Masukkan rempah kari, tumis hingga pecah minyak.
6. Masukkan 1.5 cawan air, kiub ayam, asam gelugur, garam, perasa dan kentang.
7. Masukkan pula santan dan masak hingga kentang empuk.

NASI tu, masak lembik sikit la.... biar lembut macam dikukus n sambal belacan tu takkan tak reti kot?





BUBUR LAMBUK IKAN

Dari kecil lagi Makcik dibesarkan dengan pengalaman kalo bubur lambuk tu mesti ada mengandungi daging, kekacang dan rempahnya. Orang Johor le katakan. Tapi bila dah jadi mak orang, dah bekerja dan bermesra dengan kengkawan dari berbagai negeri dan budaya, maka Makcik diberi satu lagi pengalaman dan ilmu tentang bubur lambuk . Kali ni, yang bagi resepi ni kat Makcik adalah Kak Raja Nariah.... BUBUR LAMBUK IKAN.  Memang sedap dan baik untuk kesihatan. Meh kita share resepinya.



Bahan-bahan :

2 cawan beras dibasuh
5 cawan air atau lebih
1 sudu teh garam
1 sudu besar lada hitam biji ditumbuk halus (jangan kisar, x sedap jadinya)
2 biji kiub ikan bilis
1 cekak daun pucuk paku merah - ambil daunnya sahaja
1 ikat kecil daun kesum - ambil daunnya sahaja
1 ekor ikan tongkol atau 6 ekor ikan kembung/ikan sardin - direbus, buang tulang, dan diramas kasar
Santan pekat dari 1.5 bii kelapa atau 1 kotak santan

Cara menyediakan :

1. Beras dimasak bersama air dam garam hingga menjadi bubur (elok kembangnya)
2. Masukkan lada hitam yang telah ditumbuk halus, kiub ayam dan isi ikan.Jika terlalu pekat, tambah air.
3. Setelah elok sebati, masukkan daun pucuk paku merah dan daun kesum serta santan.
4. Masak hingga elok kembang.

Bubur ni memang sedap jika makan dengan sambal kering ikan bilis. Tapi kalo nak, makan gitu pun dah sedap dah... sesuai untuk kanak2 kerana kaya dengan khasiat.

Monday 2 April 2012

UDANG GORENG TEPUNG

Selalunya kita kalo nak makan udang goreng tepung, kita kena makan kat kedai tomyam kan? Bila buat sendiri, tak le gemuk udang goreng tu, kan? Nak jadi citer, Mak Teh belah suami makcik bagi la resepi ni kat makcik... thanks mak teh... memang best.


Bahan-bahan :

1/2 kg udang segar yang telah dibuang kepala (tinggalkan ekor)
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
Garam
Serbuk perasa
Sedikit air

Cara menyediakan:

1. Bancuh bersama tepung gandum, tepung jagung, garam, serbuk perasa dan air hingga kepekatannya sama macam bancuhan tepung goreng pisang.
2. Pegang udang pada ekornya dan celup udang dalam bancuhan tepung lalu goreng hingga elok masaknya.

Itu je.... walla!

KETAM MASAK LEMAK

Sesekali dapat ketam baru memang best layan kan? Kalo ketam lama tak best. Ok, mari kongsi resepi.


KETAM MASAK LEMAK



Bahan-bahan :

4 ekor ketam di belah dua
6 biji cili api (kalo tak mau pedas, kurangkan ye)
Santan pekat dari 1 biji kelapa (makcik guna santan kotak je)
Sedikit kunyit hidup
Sekeping asam keping
Garam dan serbuk perasa

Cara menyediakan:

1.  Kisar atau tumbuk cili api bersama kunyit hidup hingga lumat.
2.  Satukan ketam dan bahan kisar tadi dalam periuk dan letak sedikit air. Rebus hingga ketam bertukar warna kemerah-merahan.
3.  Masukkan santan, asam keping, garam dan serbuk perasa. Masak hingga mendidih sambil dikacau selalu untuk elak pecah santan.

Itu je laa..... selamat mencuba. (Teringat detik-detik makan ketam bersama family dengan arwah Pakcik di rumahnya)


Sunday 18 March 2012

Journey To The North 2012

Cuti sekolah Mac 2012, makcik n hubby telah sepakat bawa anak-anak bercuti ke utara. Kami namakan percutian itu sebagai budget vacation kerana kami spend sikit je duit. Janji, yang penting, everyone happy dan puas hati.

Kami mulakan perjalanan pada pagi Rabu, 14 Mac 2012, dengan Sarah yang tetiba demam semenjak semalamnya. Badannya panas sangat dan dia just tidur sepanjang perjalanan. Niat pertama dalam perjalanan, nak pekena laksa dan mee rebus di pekan Kuala Kangsar. Cheh.... tutup pulak. Then, kami pun saja la ikut jalan lama dari Kuala Kangsar ke Taiping sebab nak gi Zoo Taiping. Tetiba sekali lalu kat satu kampung ni, terpandang la apa yg makcik cari selama ni kat area Perak.... laksa buyong.


Hah, apa lagi.... kami singgah la dan pekena laksa.... Rasanya? Makcik bagi 3 bintang je sebab... just ok la. Yang extra sepeselnya, dia ada laksa tepung gandum. Laksa special, baru RM3.50 je...

Then, kami ke zoo Taiping. Hmmm... mahal gak tiketnya, dewasa RM12, kanak2 RM8... then, tau je la... dah tua, kena lak kena dukung si Sarah yang demam, maka kami pun naik trem je la. Mula2, anak2 yang remaja bengang la gak sebab konon nak jalan kaki je. Nak suh kami bengkak lutut? Tapi mujur naik trem. Luas betul dan yang tak bestnya, tak semua haiwan still available. Tapi, happy jugak sebab Sarah boleh senyum tengok haiwan.



Lepas tu, kami teruskan perjalanan ke Sungai Petani. Sampai di sana, dah tengahari, perut pun lapar. Teringat ayam goreng Radix yang orang dok heboh perkatakan tu.




Harganya? Sama je lebih kurang harga KFC. Berapa bintang untuk rasanya? Hmmm.... 2 je la... tak mencapai KPI kami. He he  he. Tapi still anak2 tetap muka happy.


Tengok la gambar atas ni... senyum sampai telinga.

Then, kami terus gi rumah anak sedara makcik, Akmal n wifenya, Ain. Anak2 happy sebab kat rumah ni ada 2 ekor kucing parsi. The boys lak, tak ingat apa sebab ada PS2. Kami tidur kat situ.... and thank u untuk Akmal n Ain for a great hospitality.

The next day, Khamis, 15 Mac 2012,  kami gerak ke Padang Besar. Tapi awal2 dah pesan, tak boleh shopping mengarut... beli yang perlu je. So, kami pun beli je la yang 'perlu' tu.... heheheheh.... the boys dapat t-shirt sorang sehelai, n also cermin mata hitam ala-ala mata lalat untuk Adam, Farah dapat skirt labuh, Sarah dapat t-shirt Mickey Mouse with hood warna pink, father dapat t-shirt, and me? Hmmm... tak yah laaaa.... just beli bakul anyaman. Kat Key Ell, amat mahal... tapi kat sana, bapak murah.



The best thing yang makcik suka perjalanan hari ni adalah nak tengok ladang tebu kat Cuping, Perlis. Ohhhh.... memang menakjubkan.... tak kira la kena hon ngan pemandu lain ke hapa ke... yang penting nak gak ambil gambar view kat situ yang sungguh awsome.



Yang lucu, my hubby kat belakang tu kenapa lak berkawad? Ke tengah ukur berapa luas ladang tebu ni? Atau nak tunjuk protes? heheheh....



Ooooo... dia nak berangan jadi macam host rancangan percutian... heheheh... sorry ye yang, gurau je...

tapi yang paling makcik n family suka adalah gambar ini.


view nya sungguh cantik n semua org happy kecuali si Amir yg sedang merajuk dalam kereta sebab tak dapat spek hitam macam Adam.

Malam tu kami menginap di Safira Country Club Resort di S. Perai, penang... selesa tapi pool dia tgh renovate, so tak leh la anak2 mandi. Biliknya ada 2 untuk satu chalet.



The next day, ayah dah mula demam.... tapi ayah gagah jugak demi family dan kami naik Bukit Bendera. Best... naik tren macam rasa naik roller coaster...

Then, gi beli jeruk n  baju mickey mouse utk Sarah, makan kari kepala ikan kat Batu Feringgi, then, balik Key Ell... penatnya.....


Monday 5 March 2012

PERIA GORENG KUNYIT

Sesetengah orang tak sanggup makan peria kan? Pahit. Tapi bila dah try, sebenarnya peria tu sedap. Makcik suka dua-dua jenis, peria ulam dan peria biasa tu... Selain dari makan cam tu je, peria juga boleh dimasak. Salah satu yang paling makcik suka dan dah ramai yang kemaruk adalah Peria Goreng Kunyit. Makcik dapat resepi asal dari Makcik Yah, jiran depan rumah makcik. Makcik Yah ni mmg terer bab masak. Tapi, makcik adjust sikit resepi ni bersesuaian dengan selera makcik la.



PERIA GORENG KUNYIT

Bahan-bahan :

1 biji peria sayur atau 3 biji peria katak (peria ulam)
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu teh garam
2 sudu besar tepung gandum

Cara-cara:

1. Peria di belah dua memanjang lalu dibuang bijinya. Hiris nipis-nipis macam nak buat kerepek.
2. Masukkan sedikit saja air untuk membasahkan peria.
3. Gaul bersama dengan serbuk kunyit dan garam.
4. Masukkan tepung gandum lalu gaul rata.
5. Goreng dengan api sederhana hingga sekata garing.



Thursday 1 March 2012

Beef Patty Burger

Makcik sekarang dah maju setapak dalam mencipta resepi spontan. Kali ni, makcik try buat beef patty burger. Mula-mula tu seriau gak la kalo hubby n anak2 komen... tapi bila semuanya tersadai usap perut lepas makan, semestinya sedap la tu kan... the best jury is our family. Betul tak?

BEEF PATTY BURGER

Bahan-bahan :

250 gm daging kisar
1 biji telur
1 sudu teh lada hitam ditumbuk halus
sedikit garam
4 biji roti burger

Cara-caranya:

1. Gaul bersama semua bahan kecuali roti burger la kan...
2. Then, bentukkan leper-leper macam daging burger tu, then, goreng atas kuali leper. Buat 4 keping.
3. Nak lagi best? Hmmm... agak2 dah elok masak tu, letak sekeping keju atas daging burger yang tengah panas tu, dan biar ia mencair sedikit.... mak aiiii... meleleh air liur ni.
4. Pas tu, angkat, letak la atas roti dan letak le segala menda yang koran nak.

Nak jadi citer, hari tu makcik buat semua 250gm daging tu hanya untuk hubby dan anak ke dua... mula2 depa kata, sikitnya... lepas makan.... hah... siap membebel kat makcik kata makcik nak bunuh depa sebab terlampau kenyang..... yang best tu, makcik tak makan pun sebab makcik tak nak gemuk.... heheheh


SPAGHETTI BOLOGNESE

Makcik suka makan spaghetti dan pasta. Tak kisah le bolognese ke, carbonara ke.. atau apa saja, janji ala-ala itali. Kekadang, makcik guna kuah spaghetti ready mate. Kekadang makcik buat sendiri. Ikut kemampuan poket masa tu la. Kali ni makcik nak share resepi yang makcik buat sendiri.



SPAGHETTI BOLOGNESE

Bahan-bahan:

1 peket pasta (tak kira la bentuk menda pun) - direbus hingga masak
500 gm daging kisar
1 tin tomato puri atau tomato cincang
1 biji bawang holland - dipotong dadu
3 ulas bawang putih- dipotong dadu
1 sudu besar rempah spaghetti bolognese (ada jual kat supermarket)
1 sudu besar lada hitam - ditumbuk halus
sedikit garam
1/2 biji lobak merah dipotong dadu
1/2 biji lada benggala merah dipotong dadu
1/2 biji lada benggala hijau dipotong dadu
2 biji tomato dipotong dadu
1 gelas air
2 keping cheddar cheese atau mozarella cheese

Cara-cara:

1. Tumis bawang putih hingga kekuningan.
2. Masukkan pula bawang holland. Tumis hingga naik wangi.
3. Masukkan rempah spaghetti bolognese dan lada hitam.
4. Masukkan pula daging kisar dan masak hingga separuh masak.
5. Masukkan air, lalu dikacau rata.
6. Masukkan tomato puri dan bahan-bahan lain.
7. Setelah mendidih, tuang atas pasta.

Wallaaaaaaaaaaaaaaaaa..... meletup ko....

IKAN TENGGIRI MASAK LEMAK CILI API DENGAN BELIMBING

Menu ni makcik gabungkan antara menu uwan hubby akak (org negeri sembilan) ngan menu mak akak (orang johor)... hasilnya, memang sedap dan mudah. Ni juga sesuai bila sang surirumah dilanda penyakit malas nak lama2 kat dapur tapi nak masak sedap....

IKAN TENGGIRI MASAK LEMAK CILI API & BELIMBING

Bahan-bahan :

3 keping daging ikan tenggiri digoreng kosong
1 mangkuk kecil santan pekat dari 1 biji kelapa
15 biji cili api
Kunyit hidup sebesar ibu jari
15 biji belimbing buluh
Sedikit garam
1 gelas air

Cara-caranya:

1. Tumbuk/kisar bersama cili apai bersama kunyit hingga lumat.
2. Masukkan semua bahan ke dalam periuk lalu dimasak atas api kecil sambil dikacau perlahan sehingga mendidih.

Itu saja la..... mudahnye... sedap plak tu....

Wednesday 29 February 2012

SAMBAL IKAN BILIS N TEMPE

Resepi ni memang gandingan paling best dengan bubur nasi. Makcik cukup suka ni. Nak best, tambah gak ngan kentang goreng nipis.

SAMBAL KERING IKAN BILIS CAMPUR TEMPE

Bahan-bahan :

Segenggam ikan bilis dikopek dan digoreng garing
Semangkuk kecil tempe dihiris kecil dan digoreng garing
2 sudu besar cili kisar
3 ulas bawang merah dihiris
1 ulas bawang putih dihiris
Garam, gula dan perasa
3 sudu besar minyak masak


Cara menyediakan:

1. Panaskan minyak masak lalu tumis bawang merah dan bawang putih hingga garing.
2. Masukkan cili kisar dan tumis hingga garing.
3. Masukkan garam, gula dan perasa. Masukkan pula ikan bilis dan tempe yang telah digoreng.
4. Gaul rata dan hidangkan.

Kobis goreng ngan telur dadar tak kan tak reti kot?


 

IKAN MASAK ASAM PEDAS VERSI MUAR

Makcik ni berasal dari Kampung Sengkang Bt. 20, Bukit Gambir, Muar, Johor. Maka, sebagai orang Muar, kalo makcik tak reti masak asam pedas, kira malu la kan nak ngaku asal orang Muo. Mula-mula tu memang la tak berapa nak terer. Then, makcik belajo dari latihan dan pengalaman, beserta tips dari mak makcik dan juga biras sepupu makcik (Ina), maka terhasil la asam pedas yang makcik kategorikan sebagai simple but sedap.

 Asam Pedas Ikan Merah



IKAN MERAH MASAK ASAM PEDAS


Bahan-bahan:


2 keping potongan ikan merah - dilumur dengan air asam jawa yang pekat lalu diperap sekejap
1 senduk kecil cili kisar
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
5 cm halia
1 cm kunyit hidup
1 mangkuk kecil daun kesum
1 mangkuk kecil air asam jawa
1/2 biji peria
Garam dan perasa
3 sudu besar minyak masak


Cara menyediakan:


1. Basuh ikan yang telah diperap, lalu masukkan ke dalam bekas kecil. Masukkan air asam jawa.
2. Kisar bersama bawang merah, bawang putih, halia dan kunyit.
3. Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bahan yang dikisar hingga wangi dan kekuningan.
4. Masukkan cili kisar, tumis lagi hingga garing.
5. Masukkan air asam jawa yang direndam bersama ikan. Biarkan ia mendidih.
6. Masukkan ikan, daun kesum dan peria yang telah dipotong. Masak hingga ikan dan peria elok masaknya.