Thursday 17 July 2014

BISKUT SUJI

Menjelang raya je, mula lah kaum mak mak ni sibuk mencari resepi nak buat kuih raya. Iya la, untuk mak mak yang suka buat sendiri. Ada gak yang suka beli aje, ikut pilihan masing-masing. Tapi yang suka buat sendiri, pasti nak cari resepi yang best best. Tapi tak lupa gak yang nak resepi mudah dan sedap. Makcik kalo gi raya umah orang, akan tinjau dulu, ada tak tuan rumah jamu Biskut Suji atau Suji Badam ke... apa apa yang bersuji la. Entah kenapa, suka beno. Tapi rupanya tak ramai yang hidang biskut ni. Masa tu, internet mana ada share resepi resepi ni. Mudah kata, zaman tu tak de blogs. So, makcik pun belajo le dengan tanya kat orang-orang. Makcik try buat, dan memang mudah rupanya. So, meh makcik citer kat u alls pulak ye...


Haaa... ni le rupanya. Ni hasil yang makcik buat semalam.

Bahan-bahan:

2 tin kecil minyak sapi (makcik guna Ghee)
2 cawan gula kastor
5 cawan tepung gandum
Sedikit ceri merah untuk hiasan
Paper cup secukupnya, estimate 130 keping

Cara-caranya:

1. Campurkan tepung gandum dan gula kastor hingga sebati.
2. Masukkan minyak sapi sedikit demi sedikit sambil diuli. Jika adunan lembik, tambah sedikit tepung, pastikan adunan boleh dibentukkan.
3. Susun paper cup dalam loyang. Bentukkan adunan jadi bola kecil, masukkan dalam paper cup dan tekankan sepotong ceri merah untuk hiasan. Buat hingga selesai semua doh.
4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 150 darjah celcius selama 25 minit.

Kalau tak mau guna paper cup pun tak pe, tapi alaskan loyang dengan baking paper. Tak pun, sapu loyang dengan sedikit majerin, letak kertas minyak lalu susun kuih atas tu. Jarakkan sikit. Setelah kuih masak, pastikan kuih dah sejuk baru angkat dari loyang sebab kuih ni mudah pecah.

Itu aje....



Sunday 13 July 2014

Sup Bebola Seafood

Pernah tak tetiba kita rasa macam tak mau makan nasi tapi kita nak yang mengenyangkan dan mudah? Makcik selalu ada situasi macam ni, terutama kat pejabat. Nak nuju time lunch tu mula dah rasa bosan nak jenguk cafe kat area opis ni. Selalunya makcik n geng, iaitu Cik Konah, Siti Roy, Farid, Izzati n Fisa akan berganding bahu bergabung tenaga, kami guna rice cooker je, kami buat Sup Bebola Seafood. Tapi kami gelarnya Sup Ball Ball. Mudah, sedap dan kenyang. Untuk makluman semua, resepi ni makcik dapat dari Cik Konah @ Norhafizah Muhammad la... udahnya ia jadi menu utama kami kat opis. Meh makcik sebarkan ilmu dari Cik Konah ni. 



Bahan-bahan:-

Campuran bebola seafood yang boleh dibeli secara timbang atau beli asing-asing (ikut le nak letak bape jenis pun)
Mee atau mee hoon atau kuew teow (jika suka)
Lobak merah
Cendawan halus atau cendawan putih
Daun sup dan daun bawang
Tauhu telur
2 biji kiub ayam
Sedikit garam

Cara-caranya:

1. Rebus air setengah periuk nasi tu bersama kiub ayam.
2. Potong semua bahan-bahan.
3. Setelah air mendidih, masukkan bebola dulu. Biar mendidih.
4. Masukkan sayur-sayuran. Akhir sekali, masukkan mee dan garam.

Itu aje...





SAMBAL KICAP

Sambal Kicap memang sedap bebeno kalo buat nambah perisa bila makan menda-menda yang bersup. Kena lak kalo pedas, mau menyeringai tapi masih nak tambah lagi. Kalo makan pisang goreng ke, keladi goreng ke, keledek goreng ke atau tak pun, ikan bakar ke, memang wallla sangat kalo cicah dengan sambal kicap ni. Nak menyediakannya mmg mudah sangat. Meh makcik bisik apa menda yang kena ada dan caranya:-



Bahan-bahan:-

Segenggam cili api
1 biji besar bawang putih
1 sudu besar gula pasir
Sedikit perahan limau atau sedikit cuka
Kicap masin

Cara Menyediakan:-

1. Tumbuk semua bahan kecuali perahan limau dan kicap hingga lumat.
2. Masukkan kicap dan perahan limau.

Itu aje. Kalau takut mercik ke mata, kisar semua bahan termasuk kicap dan perahan limau.

CEKODOK NASI

Haaaa.... macam x biasa dgr org buat cekodok nasi kan. Well, cekodok aka jemput2, aka cucur nasi ni aku first time makan hasil masakan Makcih Yah, jiran depan rumah aku. Makcik Yah ni kalo masak apa pun sedap. Dulu aku selalu menempel kat umah dia... bukak tudung saji dia... hahahahaha... x malu betul aku. But now, dia x larat dah. Dh uzur. Baru baru ni aku jumpa ada satu blogger share resepinya. But, now aku share pulak resepi makcik Yah yang aku modified sikit2. Bagi umphhhh.



Bahan bahan

2 cawan nasi sejuk
2 cawan air
Sejemput penuh ikan bilis
Sebiji bawang besar di potong dadu kasar
3 cawan tepung gandum
1 biji lada merah dipotong dadu kecil kecil
Sedikit daun sup dan daun bawang
Sedikit parutan lobak merah atau didadu kecil
1 biji telur
Garam secukupnya

Cara menyediakan
1. Kisar bersama nasi sejuk, air, ikan bilis dan bawang besar. X perlu halus sgt.
2. Masukkan tepung dlm mangkuk, tuang bahan kisar, masukkan garam dan gaul rata.
3. Masukkan telur dan gaul sebati.
4. Masukkan daun sup, daun bawang, lada merah dan lobak merah. Gaul lagi. Jika terlalu pekat, masukkan sedikit air. Jika cair, masukkan lago tepung.
5. Panaskan minyak dan sudukan atau jemputkan ke dlm kuali. Goreng hingga kekuningan.

Cekodok ni sedap makan dengan sambal tumis ke, kuah asam pedas ke, kuah kari ke, sambal sardin ke... atau paling malas pun dgn cili sos. Selamat mencuba.

Saturday 12 July 2014

RENDANG AYAM

Rendang merupakan salah satu hidangan istimewa masyarakat Melayu. Bahan bahan yg digunakan penuh dengan rasa dan aroma yg tersendiri. Rendang ada pelbagai jenis, selalunya ikut negeri. Kali ini makcik nak share resepi rendang makcik sendiri. Mungkin sama dengan orang lain tapi yg pasti x sama dgn bonda makcik selalu buat. Terbukti, mmg dipuji oleh insan insan di rumah dan kawan kawan di pejabat. Ok, mari makcik perturunkan pada anda yang sudi ziarah blog makcik ni.


 
Bahan bahan

1/2 ekor ayam dipotong 8 ( kalo nak guna daging, buat 1 kg daging ye)
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 batang serai
1 inci halia
1/2 inci kunyit
1/2 inci lengkuas
1 senduk cili kisar
1 helai daun kunyit
1/2 kotak santan atau 1 mangkuk santan dari 1 biji kelapa
1 sudu besat kerisik
Sedikit air asam jawa
Sedikit garam
Sedikit gula

Cara menyediakan

1. Hiris dan kisar bersama bawang merah, bawang putih, serai, kunyit dan lengkuas hingga halus.
2. Panaskan sedikit minyak lalu tumis bahan kisar hingga kekuningan.
3. Masukkan cili kisar dan tumis hingga garing.
4. Masukkan ayam dan air asam, masak seketik?
5. Masukkan santan, garam dan gula. Masak hingga kuah agak pekat.
6. Masukkan kerisik dan masak hingga kuah pekat.
7. Masukkan hirisan daun kunyit, kacau rata, biar seketila lalu matikan api.

Mudah je ni... tapi berbaloi tau. Cuba la.

Friday 11 July 2014

MAKARONI GORENG SPECIAL

Makaroni goreng ni memang sedap jika dibuat sarapan atau bekal ke piknik. Ianya simple, sedap dan mengenyangkan. Selalu asyik mee hoon atau mee kuning aje.. kali ni kita tuko idea. 



Bahan bahan

1 peket makaroni direbus ikut arahan pengilang
250 gm daging kisar
4 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1 biji kiub ayam
2 sudu besar cili kisar
1 sudu besar tomato sos
1 sudu besar cili sos
1/2 botol sos spaghetti
2 biji tomato dipotong dadu
1/2 biji cili capsicum warna merah
1/2 biji cili capsicum warna kuning
1/2 biji cili capsicum warna hijau.... semua ni dipotong dadu
1 biji telur
Sedikit garam

Cara menyediakan
1. Potong atau tumbuk bawang2, lalu tumiskan hingga kekuningan.
2. Masukkan cili kisar, tumis hingga garing.
3. Masukkan daging kisar dan tumis hingga masak. 
4. Masukkan kiub ayam, cili sos, tomato sos dan spaghetti sos. Masukkan garam. Kacau sebati.
5. Masukkan makaroni yang telah direbus dan ditoskan. Kacau raya.
6. Masukkan cili capsicum dan tomato.
7. Kacau rata dan sedia utk dihidang.

CREAM PUFF WITH CUSTARD FILLING

Dah lama makcik simpan resepi ni. Bila makcik google blogger lain, resepi cream puff ni kebanyakannya lebih kurang sama aje. Tapi, let me share resepi yang makcik dapat dari kakak ipar makcik, Kak Emi yang master bab baking ni. Moga ilmu yang makcik dapat dari beliau akan jadi sedekah dan manfaat yang berpanjangan.




Bahan bahan cream puff

140gm tepung gandum
120gm majerin
225gm air
4 biji telur gred B

Caranya

1. Masukkan majerin dlm periuk kecil lalu dimasak hingga cair.
2. Masukkan air dan biarkan mendidih.
3. Masukkan tepung gandum dan kacau rata, tutup api. Biarkan seketika, dalam 7 minit.
4. Sediakan loyang dan alas dengan baking paper. Panaskan oven pada suhu 220c.
5. Masukkan adunan cream puff ke dalam mixer dan pukul dgn kelajuan sederhana.
6. Masukkan telur satu persatu. Pukul sebati.
7. Masukkan adunan ke dalam piping bag yg diletakkan nozel berbentuk bintang di hujungnya.
8. Picit dan bentukkan adunan. Bakar selama 40 minit. Janga  sesekali buka oven masa bakar selagi ada buih2 yang kuar dari cream puff. Sejukkan setelah madak.

Bahan bahan custard filling

50 gm tepung kastard ... makcik guna brand bird custard
100 gm gula pasir
250gm susu segar
200gm air sejuk

Caranya

1. Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk kecil dan kacau rata.
2. Masak sehingga adunan pekat dan berkilat sambil dikacau. Matikan api dan biar sejuk.
3. Setelah sejuk, sudukan ke dalam cream puff yanb digunting sedikit.