Monday 30 June 2014

MINI CHOCOLATE MOIST CUP CAKES

Mini cup cake lagi... ishhh.... apa la makcik ni kan. Ngeh ngeh ngeh. Kenapa makcik gemar sgt buat mini, sebab... mudah nak simpan, x payah cari pisau, x payah nak makan separuh2, ngap terus. Budak2 kecik mmg suka sebab nampak so cute. Kena lak ada yg rajin nak letak topping. Tapi kalo nak decorate dgn topping, yg eloknya time nak makan tu baru decorate bagai. Sebab, lps decorate terus masuk pinggan hidang. Kalo awal2 nak decorate, hah, stand by le bekas byk2. 

Ok, benonya resepi sama je ngan cheezy choc moist cake, cuma yg mini ni makcik buat tomei2, dan makcik bako je. Anyway, mehla makcik share lagi sekali.


Bahan-bahan:

1 1/2 cawan tepung gandum
1 st soda bikarbonat
1 st baking powder
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula kastor
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1/2 cawan susu pekat
3 biji telur gred A / 4 biji telur gred B
1 st esen vanila

Cara-caranya:

1. Ayak bersama tepung gandum dengan soda bikarbonat dan baking powder. Ketepikan.
2. Satukan serbuk koko, gula kastor, susu cair, minyak masak dan susu pekat dalam periuk kecil, lalu masak sekejap supaya elok sebati. Tidak perlu mendidih pun. Ketepikan.
3. Dalam mangkuk lain, pukul laju kesemua telur selama 5 minit, hingga putih berbuih.
4. Masukkan esen vanila, dan adunan koko, pukul sebati dengan kelajuan sederhana.
5. Masukkan adunan tepung sedikit demi sedikit dan terus pukul hingga adunan sebati.
6. Panaskan oven pada suhu 160 darjah celcius dan sediakan acuan dan paper mini cup cake.
7. Tuang adunan 3/4 paras paper cup. Setelah siap, bakar 10 ke 15 minit.
8. Untuk pastikan dah masak, cucuk dgn lidi, jika masa tarik lidi keluar tiada adunan kek yang melekat, dah masak lah tu.

Itu je.... nak letak topping, letak la.

Tuesday 24 June 2014

RENDANG AYAM CILI API

Makcik ni asal dari Muar, Johor. Tapi makcik tau jugak sikit2 cara masak org N9. Dah, suaminya org N9, nak tak nak, terpengaruh gak masak style org negeri ni. Bab rendang N9, makcik mmg puji uwan hubby yg kat Felda Sg. Lui. Pedas tapi x boleh nak berhenti. Sedap. Bak kata kawan opis makcik, si Fizah Cik Konah, sedap sampai meninggal hidup balik. Over kan ekspressi Cik Konah tu. Tapi makcik have so much fun being her friend. Ok, balik citer rendang ni. Makcik x le bape graduate resepi rendang ni. Makcik pun create resepi sendiri. Gabung2 ilmu mak makcik ngan org N9. Meh makcik share.



Bahannya:

1/2 ekor ayam, potong 8
3 batang serai hiris nipis
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci halia
1 inci kunyit
1 inci lengkuas
10 tangkai cili api
2 kotak santan segera
1 helai daun kunyit mayang halus
1 sudu besar kerisik
Sedikit air asam jawa
Garam
Gula

Caranya:

1. Kisar bersama serai, bawang merah, bawang putih, halia, kunyit, lengkuas danncili api hingga halus.
2. Tumis bahan kisar hingga elok masak dan terbit minyak serta naik bau.
3. Masukkan ayam. Kacau rata.
4. Masukkan air asam, kacau rata.
5. Masukkan santan, garam dan gula.
6. Setelah pekat, masukkan daun kunyit dan kerisik.
7. Masak hingga elok pekat dan rasakan garam gulanya. Jika kena dgn selera anda, hidangkan. Jangan lupa baca bismillah.

MINI MOIST VANILA CUP CAKES

Adik adik... skrg ni makcik tgk ramai ladies x berapa smooth in cooking. Kenapa jadi cam tu ye. Well, makcik rasa sebab kekangan masa. Ladies ramai yang career women. Keje kat opis very tiring dan meletakkan ladies stress. So, normally isu ni jadi alasan utk malas ke dapur. Benonya, masak ni boleh bantu reduce stress. Terutama bila makanan yg kita masak dapat buat ahli kuarga kita burppppp... So, kali ini makcik nk share resepi mudah untuk dessert atau pun kudapan. Mini moist vanila cup cake. In mini size, so that mudah untuk simpan dan makan. So, check it out.


Bahan bahan:

230 gm tepung kek
1 sk baking powder
250 gm butter pada suhu bilik
180 gm gula kastor
80 gm susu cair
4 biji telur gred A
1 sk esen vanila
Paper cup secukupnya, let say about 100 pieces

Cara menyediakan:

1. Ayak bersama tepung kek dengan baking powder dan ketepikan.
2. Pukul bersama butter dan gula kastor dengan kelajuan sederhana hinhga kembang dan putih, lebih kurang 10 minit.
3. Masukkan telur satu persatu dalam selangan 30 saat tiap satu sambil terus pukul.
4. Masukkan esen vanila, pukul rata.
5. Masukkan tepung selang seli dengan susu cair hingga adunan sebati. Ketepikan.
6. Masa ni la baru panaskan oven pd suhu 180 darjah celcius. Nak jimat letrik maaa...
7. Sediakan paper cup dlm acuan.
8. Sudukan dengan sudu kecil 3/4 paper cup. Dah siap satu tray, bakar selama 10 ke 15 minit.

So, mmg mudah dan sedappppp.... masa panas2 tu, rasanya agak garing tapi bila dah sejuk, gebu lembut je ko jahhhh.... makcik suka beno kek ni. Ok, selamat menerai.

Monday 23 June 2014

MINI MARBLE CUP CAKE WITH YOGURT

Marble cake memang biasa kita dengar tapi selalunya orang buat sebiji besar. Then, nak makan kena la potong2. So, makcik terfikir idea to make it easier to eat where ever you are. Makcik buat in small mini size. Jom makcik share resepinya.


Bahan-bahannya:-

1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 sk serbuk penaik
1/2 sk baking soda
Sedikit garam halus
3/4 cawan butter
1/2 cawan plain yogurt
1 cawan gula kastor
2 biji telur gred A, atau 3 biji telur gred B
1 sk esen vanila
1/4 cawan serbuk koko

Caranya:

1. Panaskan oven pada suhu 170 darjah celcius. Sediakan paper cup kecil2 dalam acuan mini cup cake.
2. Satukan tepung gandum, baking soda dan serbuk penaik. Ketepikan.
3. Pukul butter dengan gula dengan kelajuan sederhana dan naikkan kelajuan. Total masa diambil selama 5 minit. Dapatkan hasil yang gebu dan ringan.
4. Kurangkan kelajuan dan masukkan telur satu persatu sambil dipukul sebati.
5. Masukkan esen vanila.
6. Masukkan yogurt selang seli dengan tepung. Pukul sebati.
7. Bahagikan aduan kepada 2 bahagian dan 1 bahagian dicampur sebati dengan serbuk koko.
8. Sudukan separuh adunan plain, separuh lagi adunan koko ke dalam acuan. Lorekkan.
9. Bakar selama lebih kurang 10 hingga 15 minit.

It so yummy. So moist. Cubalah.


Sunday 22 June 2014

JAHITAN MANIK OLEH MAKCIK

Makcik nak share hasil jahitan manik yang terkini dari makcik sendiri. Mungkin ianya boleh tambah idea semua kaki memanik.




























CHEEZY CHOCOLATE MOIST CAKE

Berminat dengan kek chocolate moist? Suka juga dengan cheese? Hmmm... makcik telah berjaya mengahwinkan 2 resepi ni jadi satu resepi yang sedap dan dapat memenuhi selera peminat kek coklat dan segala menda yang dicheesekan. Tapi sebelum tu makcik nak ucapkan terima kasih kepada  blogger cikgusuraya (http://inibelogcikgusuraya.blogspot.com) kerana share resepi kek chocolate moist yang sangat mudah dan sedap. Rasanya beliau amat ikhlas dalam share resepi ni. So, tanpa banyak pot pet pot pet, meh makcik share dan sebarkan ilmu resepi ni dan gabungan cheese topping dari makcik untuk hasilkan:


CHEEZY CHOCOLATE MOIST CAKE

Bahan-bahan kek:

1 1/2 cawan tepung gandum
1 sk serbuk penaik
1 sk soda bikarbonat
1 cawan koko
1 cawan minyak masak / minyak jagung
1 cawan susu cair
1 cawan gula pasir
1/2 cawan susu pekat
3 biji telur gred A atau 4 biji telur gred B
1 sk esen vanila

Cara membuatnya:

1. Ayak bersama tepung gandum, serbuk penaik dan soda bikarbonat lalu ketepikan.
2. Satukan koko, minyak masak, susu cair, gula pasir dan susu pekat dalam periuk kecil, dikacau rata lalu dimasak atas api kecil sekejap sahaja hingga adunan elok sebati. Tak perlu sampai mendidih. Biarkan sejuk.
3. Panaskan kukusan, sapu acuan bersaiz 8 x 8 dengan minyak lalu lapik dengan kertas minyak.
4. Pukul telur dengan kelajuan tinggi selama lebih kurang 5 minit hingga adunan telur kembang dan putih.
5. Masukkan adunan koko dan esen vanila. Pukul sebati.
6. Kurangkan kelajuan mixer, dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga elok sebati.
7. Tuang adunan ke dalam acuan lalu tutup kemas acuan dengan aluminium foil bagi mengelak air kukusan masuk ke dalam adunan kek.
8. Kukus selama 1 jam dengan api besar. Jangan sesekali buka kukusan sebelum 1 jam.
9. Untuk pastikan dah masak atau tidak, cucuk dengan lidi. Jika adunan tidak melekat di lidi semasa lidi ditarik keluar maka dah masak lah tu. Namun, jika nak buat saiz lebih kecil, tempoh kukusan adalah antara 30 hingga 40 minit.

Bahan-bahan hiasan cheese:-

250 gm cream cheese
1 kotak kecil whipping cream
susu pekat - ikut pada tahap kemanisan yang anda suka
Cheddar cheese secukupnya - guna yang blok, bukan shredded.

Cara membuatnya:

1. Satukan cream cheese, whipping cream dan susu pekat. Pukul perlahan dulu lalu tinggikan kelajuan hingga adunan elok licin dan tidak berketul. Rasa kemanisannya. Sekiranya kurang, tambah sedikit lagi.Tapi, seeloknya, kurang susu pekat kerana jika berlebih sangat nanti hilang rasa cheese. Rasa susu pekat aje. Tak ngammmm.
2. Belah 2 kek menjadi 2 lapisan. Sapukan adunan cheese di antara lapisan kek. Kemudian, ratakan adunan cream cheese ke seluruh kek dengan cantik lalu parut blok cheddar cheese di sekeliling kek dan di permukaan kek. Boleh la nak hias dengan biskut oreo ke, apa ke, ikut suka la....