Berminat dengan kek chocolate moist? Suka juga dengan cheese? Hmmm... makcik telah berjaya mengahwinkan 2 resepi ni jadi satu resepi yang sedap dan dapat memenuhi selera peminat kek coklat dan segala menda yang dicheesekan. Tapi sebelum tu makcik nak ucapkan terima kasih kepada blogger cikgusuraya (http://inibelogcikgusuraya.blogspot.com) kerana share resepi kek chocolate moist yang sangat mudah dan sedap. Rasanya beliau amat ikhlas dalam share resepi ni. So, tanpa banyak pot pet pot pet, meh makcik share dan sebarkan ilmu resepi ni dan gabungan cheese topping dari makcik untuk hasilkan:
CHEEZY CHOCOLATE MOIST CAKE
Bahan-bahan kek:
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sk serbuk penaik
1 sk soda bikarbonat
1 cawan koko
1 cawan minyak masak / minyak jagung
1 cawan susu cair
1 cawan gula pasir
1/2 cawan susu pekat
3 biji telur gred A atau 4 biji telur gred B
1 sk esen vanila
Cara membuatnya:
1. Ayak bersama tepung gandum, serbuk penaik dan soda bikarbonat lalu ketepikan.
2. Satukan koko, minyak masak, susu cair, gula pasir dan susu pekat dalam periuk kecil, dikacau rata lalu dimasak atas api kecil sekejap sahaja hingga adunan elok sebati. Tak perlu sampai mendidih. Biarkan sejuk.
3. Panaskan kukusan, sapu acuan bersaiz 8 x 8 dengan minyak lalu lapik dengan kertas minyak.
4. Pukul telur dengan kelajuan tinggi selama lebih kurang 5 minit hingga adunan telur kembang dan putih.
5. Masukkan adunan koko dan esen vanila. Pukul sebati.
6. Kurangkan kelajuan mixer, dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga elok sebati.
7. Tuang adunan ke dalam acuan lalu tutup kemas acuan dengan aluminium foil bagi mengelak air kukusan masuk ke dalam adunan kek.
8. Kukus selama 1 jam dengan api besar. Jangan sesekali buka kukusan sebelum 1 jam.
9. Untuk pastikan dah masak atau tidak, cucuk dengan lidi. Jika adunan tidak melekat di lidi semasa lidi ditarik keluar maka dah masak lah tu. Namun, jika nak buat saiz lebih kecil, tempoh kukusan adalah antara 30 hingga 40 minit.
Bahan-bahan hiasan cheese:-
250 gm cream cheese
1 kotak kecil whipping cream
susu pekat - ikut pada tahap kemanisan yang anda suka
Cheddar cheese secukupnya - guna yang blok, bukan shredded.
Cara membuatnya:
1. Satukan cream cheese, whipping cream dan susu pekat. Pukul perlahan dulu lalu tinggikan kelajuan hingga adunan elok licin dan tidak berketul. Rasa kemanisannya. Sekiranya kurang, tambah sedikit lagi.Tapi, seeloknya, kurang susu pekat kerana jika berlebih sangat nanti hilang rasa cheese. Rasa susu pekat aje. Tak ngammmm.
2. Belah 2 kek menjadi 2 lapisan. Sapukan adunan cheese di antara lapisan kek. Kemudian, ratakan adunan cream cheese ke seluruh kek dengan cantik lalu parut blok cheddar cheese di sekeliling kek dan di permukaan kek. Boleh la nak hias dengan biskut oreo ke, apa ke, ikut suka la....

No comments:
Post a Comment