Thursday, 17 July 2014

BISKUT SUJI

Menjelang raya je, mula lah kaum mak mak ni sibuk mencari resepi nak buat kuih raya. Iya la, untuk mak mak yang suka buat sendiri. Ada gak yang suka beli aje, ikut pilihan masing-masing. Tapi yang suka buat sendiri, pasti nak cari resepi yang best best. Tapi tak lupa gak yang nak resepi mudah dan sedap. Makcik kalo gi raya umah orang, akan tinjau dulu, ada tak tuan rumah jamu Biskut Suji atau Suji Badam ke... apa apa yang bersuji la. Entah kenapa, suka beno. Tapi rupanya tak ramai yang hidang biskut ni. Masa tu, internet mana ada share resepi resepi ni. Mudah kata, zaman tu tak de blogs. So, makcik pun belajo le dengan tanya kat orang-orang. Makcik try buat, dan memang mudah rupanya. So, meh makcik citer kat u alls pulak ye...


Haaa... ni le rupanya. Ni hasil yang makcik buat semalam.

Bahan-bahan:

2 tin kecil minyak sapi (makcik guna Ghee)
2 cawan gula kastor
5 cawan tepung gandum
Sedikit ceri merah untuk hiasan
Paper cup secukupnya, estimate 130 keping

Cara-caranya:

1. Campurkan tepung gandum dan gula kastor hingga sebati.
2. Masukkan minyak sapi sedikit demi sedikit sambil diuli. Jika adunan lembik, tambah sedikit tepung, pastikan adunan boleh dibentukkan.
3. Susun paper cup dalam loyang. Bentukkan adunan jadi bola kecil, masukkan dalam paper cup dan tekankan sepotong ceri merah untuk hiasan. Buat hingga selesai semua doh.
4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 150 darjah celcius selama 25 minit.

Kalau tak mau guna paper cup pun tak pe, tapi alaskan loyang dengan baking paper. Tak pun, sapu loyang dengan sedikit majerin, letak kertas minyak lalu susun kuih atas tu. Jarakkan sikit. Setelah kuih masak, pastikan kuih dah sejuk baru angkat dari loyang sebab kuih ni mudah pecah.

Itu aje....



1 comment:

  1. Mimi aku suka sangat biskut ni. Taun ni Udi yang buatkan biskut ni kat aku sedap...

    ReplyDelete