Thursday 3 November 2011

SEPIT RAMBUT KAIT

Makcik ni bukan la jenis yang kaki mengait. Tapi masa dulu2, zaman makcik muda lagi laaa (macam le sekarang dah tua sangat), makcik mmg suka mengait. Dapatla jugak alas meja kopi, tutup tv... dan ada satu projek tu, nak buat cadar katil queen... ni semua makcik guna benang halus. Makcik suka guna benang Polly. Projek cadar tu, makcik niat nak guna masa pengantin anak makcik (padahal sume masih sekolah)... lama lagi kan, so masih banyak masa. Pernah la kena gelak ngan kengkawan, iaitu Norzita dan Allahyarham Tipah.. depa kata, "Kak Mimi, masa zaman anak kak mimi kawin, org dah tak pakai cadar kait..." he he he.. tak pe... makcik sahut cabaran tu sebab akak nak ulang zaman kawin makcik. Mak Makcik tempah cadar kait warna pink utk cadar pengantin...

Ok la, ni citer hobi lama tetiba bangkit semula ni... ini la sepit rambut kait makcik buat... harga nya :-

Bunga single kelopak = RM2.50 satu
Bunga double kelopak = RM3.50 satu
Kalau tambah batu berlian tiruan tu, up sikit la harga... ikut saiz...








1 comment:

  1. Sepit rambut ni saya kait sendiri. Saya jual dengan harga yang amat murah iaitu RM2.00 je satu. Saya juga akan buat brooch dan cekak rambut. Harga juga amat murah kalau nak dibanding dengan hasil kerja tangan ni kan?

    ReplyDelete