Thursday 8 December 2011

AYAM MASAK UNGKEP

Menu ini makcik dapat dari mak makcik sendiri. Memang sedap kerana ianya ibarat rendang tanpa santan. Hanya guna rempah yang mudah. Nak lagi sedap, kalo guna ayam kampung. Menu ni wajib kalo time pagi raya. Menu ni jugak orang guna utk lauk nasi ambeng.

AYAM MASAK UNGKEP

Bahan-bahan :

1 ekor ayam, dipotong 16 atau 20
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3 inci halia
2 inci kunyit
4 batang serai
1 inci lengkuas
12 sudu besar ketumbar biji - direndam
1 sudu teh jintan manis - direndam
1 sudu teh jintan pedas - direndam
Sedikit air asam jawa
3 sudu besar gula
Sedikit garam
1 1/2 senduk besar minyak masak

Cara menyediakan:

1. Tumbuk halus atau kisar bersama bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas dan kunyit.   Ketepikan. (Bahan A)
2. Serai di ketuk-ketuk.
3. Tumbuk lumat ketumbar, jintan manis dan jintan pedas (Bahan B)
4. Panaskan minyak. Tumis bahan A hingga kekuningan.
5. Masukkan pula bahan B dan tumis hingga wangi dan elok garingnya.
6. Masukkan serai yang telah diketuk bersama ayam. Kacau sebati.
7. Masukkan air asam jawa, gula dan garam secukup rasa. Masak hingga kuahnya agak kering dan elok masak ayam tersebut.
Tambahkan air jika terlalu kering dan ayam masih belum masak.



SAMBAL KERING IKAN BILIS CAMPUR TEMPE

Bahan-bahan :

Segenggam ikan bilis dikopek dan digoreng garing
Semangkuk kecil tempe dihiris kecil dan digoreng garing
2 sudu besar cili kisar
3 ulas bawang merah dihiris
1 ulas bawang putih dihiris
Garam, gula dan perasa
3 sudu besar minyak masak


Cara menyediakan:

1. Panaskan minyak masak lalu tumis bawang merah dan bawang putih hingga garing.
2. Masukkan cili kisar dan tumis hingga garing.
3. Masukkan garam, gula dan perasa. Masukkan pula ikan bilis dan tempe yang telah digoreng.
4. Gaul rata dan hidangkan.

Set Asam Pedas
(Ikan Merah Asam Pedas, Kobis goreng, Telur Dadar)


IKAN MERAH MASAK ASAM PEDAS

Bahan-bahan:

2 keping potongan ikan merah - dilumur dengan air asam jawa yang pekat lalu diperap sekejap
1 senduk kecil cili kisar
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
5 cm halia
1 cm kunyit hidup
1 mangkuk kecil daun kesum
1 mangkuk kecil air asam jawa
6 biji bendi
Garam dan perasa
3 sudu besar minyak masak

Cara menyediakan:

1. Basuh ikan yang telah diperap, lalu masukkan ke dalam bekas kecil. Masukkan air asam jawa.
2. Kisar bersama bawang merah, bawang putih, halia dan kunyit.
3. Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bahan yang dikisar hingga wangi dan kekuningan.
4. Masukkan cili kisar, tumis lagi hingga garing.
5. Masukkan air asam jawa yang direndam bersama ikan. Biarkan ia mendidih.
6. Masukkan ikan, daun kesum dan bendi. Masak hingga ikan dan bendi elok masaknya.


Kobis goreng ngan telur dadar tak kan tak reti kot?


WESTERN KITA!

Kekadang selera kita ni nak berubah kan? Asyik makan nasi je hari-hari, ada kalanya nak rasa menu lain. Makcik pun cam tu gak. Ada time nak makan western. Kalo time baru gaji ok la kalo nak layan gi Western Food Restaurant. Tapi kalo dah sempit poket, makcik reka sendiri je kat rumah. Baru-baru ni makcik buat beef patty burger. Pada mulanya agak cuak takut tak jadi, tapi nekad je. Yang pasti anak-anak dan suami akan jadi juri. At the end, everyone in the house is happy and full till morning. So, meh makcik share resepi makcik tu. 

BEEF PATTY BURGER

600 gm daging kisar
Sedikit garam
1 biji telur
Serbuk lada hitam
Rempah spaghetti bolognese

1. Gaul bersama garam

3 comments:

  1. telan air liuq i nengok nih kak mimi oitt...

    ReplyDelete
    Replies
    1. He he he... mestilah kan? baru baca dah tau sedap, cuba ko masak resepi ni... meletup!

      Delete
  2. set asam pedas tu kurang 1 benda tu. Kicap dgn botol2 nya sekali - ajid

    ReplyDelete