Mini cup cake lagi... ishhh.... apa la makcik ni kan. Ngeh ngeh ngeh. Kenapa makcik gemar sgt buat mini, sebab... mudah nak simpan, x payah cari pisau, x payah nak makan separuh2, ngap terus. Budak2 kecik mmg suka sebab nampak so cute. Kena lak ada yg rajin nak letak topping. Tapi kalo nak decorate dgn topping, yg eloknya time nak makan tu baru decorate bagai. Sebab, lps decorate terus masuk pinggan hidang. Kalo awal2 nak decorate, hah, stand by le bekas byk2.
Ok, benonya resepi sama je ngan cheezy choc moist cake, cuma yg mini ni makcik buat tomei2, dan makcik bako je. Anyway, mehla makcik share lagi sekali.
Bahan-bahan:
1 1/2 cawan tepung gandum
1 st soda bikarbonat
1 st baking powder
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula kastor
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1/2 cawan susu pekat
3 biji telur gred A / 4 biji telur gred B
1 st esen vanila
Cara-caranya:
1. Ayak bersama tepung gandum dengan soda bikarbonat dan baking powder. Ketepikan.
2. Satukan serbuk koko, gula kastor, susu cair, minyak masak dan susu pekat dalam periuk kecil, lalu masak sekejap supaya elok sebati. Tidak perlu mendidih pun. Ketepikan.
3. Dalam mangkuk lain, pukul laju kesemua telur selama 5 minit, hingga putih berbuih.
4. Masukkan esen vanila, dan adunan koko, pukul sebati dengan kelajuan sederhana.
5. Masukkan adunan tepung sedikit demi sedikit dan terus pukul hingga adunan sebati.
6. Panaskan oven pada suhu 160 darjah celcius dan sediakan acuan dan paper mini cup cake.
7. Tuang adunan 3/4 paras paper cup. Setelah siap, bakar 10 ke 15 minit.
8. Untuk pastikan dah masak, cucuk dgn lidi, jika masa tarik lidi keluar tiada adunan kek yang melekat, dah masak lah tu.
Itu je.... nak letak topping, letak la.