SNOW CHEESE CAKE
Bahan-bahan Kek :
75 gm mentega dicairkan (makcik masuk dalam microwave jer....)
4 biji putih telur - gred A (baru-baru ni naik harga... rasa nak demam lak)
6 biji kuning telur - gred A
100 gm gula kastor
100 gm tepung hong kong (kalo susah nak dapat, guna tepung superfine pun ok)
60 gm tepung jagung
50 gm air yang telah disejukkan dalam peti sejuk
2 sb ovellet
1 st baking powder
1 st esen vanila
Cara penyediaan:
1. Panaskan oven pada suhu 150 darjah celcius, api atas bawah ye dan sediakan acuan yang lebih kecil dari 8 inci x 8 inci kerana ikut pengalaman makcik, guna acuan 8 x 8, kek jadi rendah... so terpaksa buat dua biji kek utk dapatkan kek setinggi dalam gambar tu.
2. Ayak tepung hong kong bersama baking powder.
3. Satukan semua bahan kecuali mentega cair dan putar dengan kelajuan sederhana hinggalah adunan menjadi gebu, pekat dan berwarna putih. Bab ni mmg kena sabar sikit.
4. Masukkan mentega cair dan putar lagi hingga rata dan sebati.
5. Tuang ke dalam acuan dan bakar selama 45 minit hingga 1 jam. Kena rajin jengah, takut jadi tinted cake pulak... naya.
6. Setelah masak, biarkan sejuk sebelum sapu dan hias dengan krim cheese.
Bahan-bahan hiasan :
250 gm cream cheese (disarankan guna philadelphia)
1/2 tin susu pekat
1 kotak cheddar cheese, dan parut kasar (jangan guna shredded cheddar cheese kerana rupanya tak berapa cantik... macam kek makcik kat atas tu la.... nyesal tau)
Strawberry secukupnya
Bunga fondant icing ready made (kat kedai kek banyak dan macam2 rupa)
Cara penyediaan:
1. Pukul cream cheese bersama susu pekat hingga tidak berkental dan gebu.
2. Potong kek menjadi 2 lapisan, dan sapu adunan cream cheese ke atas lapisan bawah.
3. Letak lapisan ke dua atas lapisan bawah tadi dan sapukan keseluruhan kek dengan baki cream cheese. Kalau kemaruk cheese, letak le tebal-tebal.
4. Taburkan parutan cheddar cheese dan hiaslah ikut suka hati korang.
Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment