Friday, 11 July 2014

KEK KAMPUNG

Kek kampung ni kalo zaman makcik kecik2 dulu famous la. Iya la... zaman awal tahun 70an kat kampung mana la ada orang buat kek guna butter. Lagipun pendapatn org kat kampung, mana la mampu nak butter bagai... untung la dpt makan kek kampung yg guna majerin je ni. Zaman tu, Planta le paling famous. Yang mudah dapat makan, bahulu beso tu. Ala2 kek la jugak. So... setelah sekian lama, makcik pun dh jadi orang urban ni... kek kampung ni dilupakan begitu aje. So... nak jadi sebab makcik belajo buat kek ni bila mak makcik minta makcik buatkan. Mak makcik kena serangan stroke dh 2 tahun lebih so, dia x boleh la nak buat sendiri. Makcik pun belajar la buat... meh makcik share resepi ringkasnya.




 
Bahan bahan

250gm tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
250gm gula kastor
250 gm majerin
4 biji telur gred A
1 sudu besar parutan kulit oren

Cara menyediakan

 1. Panaskan oven pada suhu 150c, dan sediakan acuan berukuran 8 x 8 serta disapu majerin dan dialas kertas minyak.
2. Ayak tepung bersama baking powder dan ketepikan.
3. Pukul bersama gula kastor dan majerin dgn high speed hingga kembang dan putih.
4. Masukkan telur satu persatu sambil dipukul sekejap aje.
5. Masukkan parutan kulit oren, dan pukul rata.
6. Turunkan kelajuan mixer ke tahap sederhana dan masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil terus pukul. Jangan lama sgt.
7. Tuang adunan ke dalam acuan dan bakar selama lebih kurang 1 jam atau hingga bila dicucuk dgn lidi, tiada adunan kek melekat di lidi bila lidi ditarik keluar.

Thursday, 10 July 2014

MUFFIN VANILA N CHOC CHIPS

Hai semua... kali ni nak share pulak resepi vanila muffin yang makcik dah pernah buat. Very easy dan mmg mengenyangkan. Sesuai untuk breakfast, tea break, tea time... dan apa aje la timenya asalkan korang rasa nak makan, korang boleh buat. Mudah.


Bahan-bahan:-

1 biji telur gred A pada suhu bilik
1/2 cawan minyak masak, tapi kalo nak lebih elok, guna minyak jagung
1 1/4 cawan susu segar
1 sudu kecil esen vanila
2 cawan tepung gandum
3 sudu kecil baking powder
1 cawan gula
Sedikit garam, dalam secubit
Chocolate Chips secukupnya
Acuan muffin secukupnya

Cara-caranya:-

1. Panaskan oven kepada suhu 180c
2. Ayak bersama tepung gandum, baking powder dan garam halus lalu masukkan ke dalam mangkuk dan masukkan gula. Gaul rata.
3. Buat lubang di tengah-tengah adunan tepung itu.
4. Dalam mangkuk lain, pukul telur sekejap whisk lalu masukkan esen vanila dan pukul lagi.
5. Masukkan minyak masak, pukul rata.
6. Masukkan susu segar dan pukul rata hingga sebati.
7. Tuangkan adunan cair ini ke tengah-tengah lubang adunan tepung.
8. Masukkan 1 senduk chocolate chips.
9. Kaup balik menggunakan senduk aje. Namun, jangan sampai melebihi 20 kali kaupan.
10. Biarkan sekejap. Dalam pada tu, susun acuan muffin dalam loyang.
11. Kacau semula adunan dalam bentuk bulatan sebanyak 2 kali.
12. Sudukan adunan dalam acuan muffin separas 3/4 acuan tersebut. Taburkan chocolate chips dalam 3 biji di atas adunan. Buat hingga selesai.
13. Bakar selama 15 ke 20 minit atau hingga kekuning-kuningan.

Itu aje... memang mudah, tak payah nak guna mixer. Hmmm... macam nak buat gak lps balik keje ari ni... Ok... selamat mencuba. Pesanan makcik, rajin-rajinlah masak.

Tuesday, 8 July 2014

CARA BERLAUK

Cara berlauk ni sama la adik beradik ngan cara manis. Yang bezanya, cara berlauk ni kaler kuning dan ada lauk dalamnya, so... pedas la jugak. Kalo cara manis tu, lagi sempoi... tabur gula je. Anyway, meh makcik share resepi. Gambo, hmmm... tak ada dalam gallery lak. Nanti le makcik share later later ek.

Bahan-bahan:

1/2 kg tepung gandum
1 kotak santan
1 biji telur
Sedikit pewarna kuning
Sedikit garam
2 gelas air
250 gm daging kisar/ayam
2 sudu besar serbuk kari ayam
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu besar cili kisar
Sedikit daun sup
3 biji lada basah merah dihiris bulat nipis-nipis

Cara membuatnya:

1. Tumbuk bersama bawang merah dan bawang putih hingga kekuningan.
2. Masukkan cili kisar dan tumis garing.
3. Masukkan serbuk kari, kacau rata.
4. Masukkan daging kisar dan garam. Masak hingga elok daging empuk. Masukkan pula hirisan daun sup. Ketepikan.
5. Masukkan santan, air, telur, tepung gandum, sedikit garam dan pewarna kuning ke dalam besin. Kacau rata. Untuk lebih halus bancuhan, kisar dalam mesin pengisar.
6. Sediakan acuan cara atas api kecil dan sapu minyak dengan menggunakan daun pandan.
7. Tuang 1 sudu besar adunan tepung ke dalam lubang acuan lalu diletakkan pula inti daging yang dimasak tadi ke tengah-tengah lubang. Hias dengan sekeping hirisan lada basah merah.
8. Masak hingga adunan tepung elok masaknya dan ulang hingga selesai.

Buat kuih cara ni mmg agak letih, sama macam buat roti jala... lama nak nyudahkan. So, kalo semangat tak berapa nak kental, hmmm.... buat sikit dah le. 

BERGEDIL DAGING

BERGEDIL DAGING. Hmmm... memang sedap, terutama bila makan bersama soto. Perghhh... rasa kalo ada mertua lalu, sure kita tarik mertua ajak makan sekali. Hah, gitu... ni peribahasa yang dimotivasikan. He he he... Bergedil daging ni ada banyak version. Tapi, makcik lebih suka guna cara ini. 

Kawan opis makcik, Norhafizah Mohamad @ Cik Konah dah try. Siap wassap gambo lagi nak tunjuk gigihnya dia menyiapkan bergedil ni. Katanya nak jamu kakak ipar. So, makcik pinjam gambo dia ni utk share kat blog makcik ni. Moga bila ada yang buat ikut resepi ni, Cik Konah juga dapat pahala kerana sudi share gambo bergedil hasil kegigihan dia. Meh kita study resepi ni:-


Bahan-bahan:-

250 gm daging kisar (kalau nak tuko ngan ayam pun ok jerrr)
6 biji kentang di belah 12 lalu digoreng
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
Sedikit daun sup
Sedikit daun bawang
Sedikit garam
2 biji putih telur

Cara Membuatnya:-

1. Hiris bawang merah dan bawang putih lalu digoreng (buat bawang goreng)
2. Hiris daun sup dan daun bawang.
3. Satukan daging kisar yang telah direbus, garam, bawang goreng dan kentang yang telah digoreng lalu ditumbuk bersama hingga sebati.
4. Masukkan hirisan daun sup dan daun bawang lalu diuli rata.
5. Bentukkan bulat atau leper sambil dikepal padu supaya tidak pecah.
6. Panaskan minyak dan pukul putih telur.
7. Celup bebola bergedil dalam putih telur lalu goreng hingga kekuningan. Angkat dan hidangkan.

Bergedil ni sedap kalo dibuat lauk juga. Apa-apa aje la... dah memang sedap. Makan le ikut gaya yang korang rasa suka sangat.

APAM BERAS

Sapa suka apam beras... yang comel2 tu... makcik suka sangat. Kena lak kalo merekah2... heeee... nak nangis tepi sinki je bila makan tu. Dengan kalernya yang sweet... ada lak kelapa parut yang lemak2 masin.... perghhhh.... Well, meh makcik share.

Bahan-bahan:-

2 cawan nasi sejuk dikisar bersama 3 cawan air
3 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan gula pasir
1 paket yis segera (selalunya pakai mauripan)

Cara Menyediakan:-

1. Gaul semua bahan hingga sebati lalu perap 1 jam.
2. Setelah adunan naik kembang, bolehlah siap-siapkan acuan apam yang comel2. Sapu sedikit minyak dalam acuan tu supaya mudah nak kuarkan nanti.
3. Siapkan kukusan hingga air mendidih. Balut penutup kukus dengan kain untuk elak air kukus jatuh dalam kuih kita yang comel tu.
4. Kukus selama 10 minit. Setelah itu, keluarkan dan gaul dengan kelapa parut putih yang dah digaul dengan sedikit garam.

Tarraaaaaaa.....

Monday, 7 July 2014

AYAM MASAK KICAP STYLE JAWA

Tq untuk Suhara yang tetiba tanya kat wassap group sapa tau resepi ini, dan tq untuk Ratna yang laungkan nama makcik... kalau tak, tak terfkir nak share resepi bonda makcik ni. Tapi, sori le, tak de gambo lak nak tunjuk. Ini dia resepinya:

Bahan-bahan:-

1/2 ekor ayam dipotong 8 lalu dibersihkan.
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu kecil lada hitam/lada sulah
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
2 kuntum bunga cengkih
1 biji lada basah merah dibelah 2
1 biji bawang besar dipotong bulat
1/2 botol kicap masin
1 sudu kecil kicap masin
Sedikit gula
Sedikit air

Cara menyediakan:

1. Gaul bersama ayam dengan sedikit garam dan serbuk kunyit lalu digoreng tanpa perlu garing. Biasa-biasa aje kerana kita mau dagingnya lembut tapi masak. Ketepikan.
2. Tumbuk bersama bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam/lada sulah.
3.  Dalam kuali berasingan, tumis bahan tumbuk hingga naik bau.
4. Masukkan kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga. Tumis hingga kekuningan.
5. Masukkan sedikit air dan kicap (ikut tahap nak banyak mana kuahnya)
6. Masukkan cuka dan gula. Kacau rata.
7. Masukkan ayam yang telah digoreng, dan masak hingga mendidih.
8. Masukkan pula lada basah merah dan bawang besar. Kacau rata.
9. Masak hingga kuah agak pekat. Tutup api.

Hah, itu aje...

Karipap

Karipap... memang kuih trademark Malaysia kan. Kat negeri mana pun, mesti ada orang jual karipap. Tak pernah lak jemu tu. Karipap ni nak beza sedap ke tidak adalah inti dan kulitnya. Pada makcik la, karipap yang paling best bila intinya tu agak pedas, ada daging ke, ayam ke... atau paling malas dan kedekut pun, letak udang kering. Lps tu, kulitnya mestilah sentiasa rangup biarpun dah sejuk. Tapi, makcik ni kalo karipap mmg selera kampung. Suka yang kulit biasa, tak suka jenis puff atau berlapis tu. Bukan apa, yang puff tu kalo makan habis terabur kulitnya. Ok, abis bebel, meh makcik share resepi karipap makcik..


Bahan-bahan Inti:

250gm daging kisar atau isi ayam kisar (kalau nak guna udang kering, guna 2 sudu besar)
6 biji kentang dikupas kulitnya dan dipotong dadu kecil-kecil
2 sudu besar serbuk kari daging
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu besar cili kisar
Sedikit daun sup dan daun bawang
Sedikit garam
Sedikit gula
Sediki air

Cara Menyediakan:

1. Tumbuk bawang merah dan bawang putih bersama. Jika nak guna udang kering, rendam dulu udang kering lalu tumbuk halus.
2. Tumis bahan tumbuk hingga kekuningan.
3. Masukkan cili kisar, tumis hingga garing.
4. Masukkan serbuk kari dan tumis hingga naik bau. (Jika guna udang kering, masukkan udang bila bahan tumis dah naik bau. Kemudian baru masuk air. Jika guna daging/ayam, cara bawah ni)
5. Masukkan sedikit air, lalu masukkan daging/isi ayam. Kacau rata. Biar sekejap.
6. Masukkan kentang yang telah didadu. 
7. Masukkan garam dan gula. Tambah sedikit lagi air jika perlu. 
8. Masak hingga air kering dan kentang elok empuknya. 
9. Hiris daun sup dan daun bawang, lalu masukkan dalam inti, kacau2. Tutup api dan biar sejuk.

Bahan-bahan kulit:-

1 kg tepung gandum
2 senduk besar minyak panas
Air yang betul2 sejuk (sama ada air dari peti sejuk atau diletak ais)
Sedikit garam.

Cara Menyediakan:-

1. Gaul rata tepung gandum dengan sedikit garam.
2. Tuang minyak yang betul-betul panas sikit sikit dan kacau rata dengan senduk.
3. Masukkan air dari peti sejuk sikit sikit sambil uli sebati. Tipsnya, doh sudah sedia apabila doh tidak melekat di tangan atau di bekas adunan. Jangan terlalu keras nanti tak boleh nak kelim.
4. Ambil sedikit adunan tepung lalu bulatkan, dan gelek dengan penggelek. Nak mudah, kalo ada mesin buat mee tu, boleh gak. Masukkan 1 sudu kecil inti ke dalam adunan yang telah digelek.
5. Jika anda tak reti nak kelim manual kat tepi karipap, pakai la acuan karipap. Cuma pastikan, di tepi bibir adunan tu letak air atau bancuhan tepung gandum supaya ianya elok tertutup. Jika reti kelim manual, buat la. 
6. Buat hingga selesai.

Ok, part ni penting. Jika anda tak sabar, boleh goreng terus. Tapi karipap tu nanti tak berapa rangup tau... So, ikut pengalaman makcik, makcik akan goreng suku masak, lepas tu makcik akan sejukkan. Then makcik frozenkan karipap tu dalam ruang beku peti sejuk. Tak usah risau, tak melekat punya... sebab dah goreng suku masak, kannnn.... Bila dah beku tu, nak makan, goreng terus dengan api sederhana tapi perlu nyahbeku. Ini tips makcik berdasarkan pengalaman makcik. U all try la.